" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Monday, August 31, 2009

Debat Bulan Cakna Al-Quran USMKK


Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran diucapkan kpd tuhan sekalian alam, Allah yang Maha Agung...sebagai usaha untuk memajukan diri, ana telah menyertai satu pertandingan debat antara pusat pengajian anjuran rakan masjid dan pusat islam disini.
Tarikh : 29 OGOS 2009

Masa : PERINGKAT SARINGAN - 8.00 a.m. - 4.00 p.m.
PERINGKAT AKHIR - Selepas solat tarawih

Tempat : PERINGKAT SARINGAN - Bilik tutorial PPSP dan Dewan Kuliah 2
PERINGKAT AKHIR - Masjid Murni

fuh,mmg mencabar bila berdebat time puasa nie...sampai kering la mulut nie, hampir2 dah x de suara dh, huhu...4 pusingan peringkat saringan! mmg best, kna pulak tajuk yang agak mencabar.

1. PUSINGAN 1

ANAK LARI DARI RUMAH : IBU BAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN.

2. PUSINGAN 2

SEMAKIN CANGGIH TEKNOLOGI,SEMAKIN MANUSIA TIDAK SIHAT.

3. PUSINGAN 3

KEBEBASAN PENULISAN BLOG BUKTI KEBEBASAN BERSUARA.

4. PUSINGAN 4

KELEMAHAN ASPEK PENCEGAHAN PUNCA PENINGKATAN KADAR JENAYAH.
emm, mmg best kan tajuk die..Alhamdulillah ana menang 3 daripada 4 pusingan tersebut dan berjaya ke pusingan akhir.emm, tajuk final ni lagi best;

-Kemiskinan Dan Kemunduran Dunia Islam Hasil Manipulasi Dunia Barat-

ana berada d pihak kerajaan tetapi rezeki sekadar d tempat kedua,, thats mean, x berjaya mempertahankan hujah ;-)keputusan juri 3-2, so ok lah kot. final tu ana dengan pasukan ana (1st year medic) berentap dengan team 2nd year dental.ok la kot, senior menang kan,huhu...sekadar satu pengalaman.

Monday, August 17, 2009

40th CONVEX - 2009



Alhamdulillah sejambak kesyukuran kpd Allah tuhan empunya alam.tamat sudah seminggu program pesta konvokesyen USM. aku??ape kaitannya??haha,, saje menyibuk ;-) hmm, sekadar menimba pengalaman sebagai jr.hicom pameran kesihatan, wakil drpd kampus kesihatan.mmg bnyk cabaran untuk organise 1 program yng besar ni.gerun pulak rasenye nk hadapinya tahun depan.insya-Allah aku yakin bahawa Allah akn mmbntu hamba hambaNya.

meh, nk cite skit..kami bertolak dr USMkk ke USM induk 10/8/2009 kira2 jam 12.30 malam.Alhamdulillah smpi kat sana dalam kul 9.00 pagi 11/8.lama jugak perjalanannya. 5.00 petang set up dk u,, tempat pameran kami.



ni antara gmbr yng sempat d snap kn...
12/8,, 9.00 pagi. bermulalah pameran yang dirancng selama hmpir setahun gak dengarnya..pameran nie satart kul 9 smpi kul 5 petang..sibuk menerima pengunjung smpi lupa nk snap picture2 pengunjung..ramai jgk yang datang n smpi kering la jgk air liur ni menerngkn satu persatu..aku terang pasal ape??hee, lupa lak nk bagi tau. kami ada 27 stesyen seme skali.aku jaga yng mana satu?haa,, suprise..stesyen PERIODONTICS..ape tu??ni stesyen d bawah cabang dental.ianya berkaitan dengan problems gusi lah.hmm, cukuplah pasal stesyen nie.nk list seme 27 bnyk sngt.tgklah skit gmbr2 stesyen yng sempat d snap kan,huhu...





pameran ni tamat pada 16/8 jam 12 tgh hari..habis tu, terus kemas2 n clear kan semula barang n susnan asal dalam dk tu. jadi lah cm gambar ni pulak,,


penat2..jam 8 malam bertolak keluar dari USM induk..selamat tinggal.insyaAllah tahun depan aku datang lagi..kira2 jam 4.30 pagi aku sampai semula d USMkk..maka bersedialah untuk mengatur program bersama ahli2 lain yang yelah d pilih.. berjaya atau x??Allah yng menentukan segalanya.usaha,, sudah pasti. semoga Allah membntu dalam gerak kerja ini dan d beri kekuatan untuk menempuh cabaran terutama cabaran untuk bekerja dengan mereka yang kurang faham tentang islam..
Ya Allah, bantulah hambaMu yang hina ini, berilah kekuatan iman, ketegasan berlandaskan iman serta bimbinglah aku dalam membuat sebarang keputusan yang tepat dan benar,,amin...

bakal2 hicom convex 2010.
wallhu'alam...

Thursday, August 13, 2009

Bertemu Kembali...


Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran aku panjatkan kepada Allah yang esa (tunggal). sekian lama aku membusykan hidup aku dengan lecture note,ari ni baru diberi kakuatan untuk menulis lagi..skarang ni cuti convex (konvokesyen USM). tapi ak x cuti pun. ak datang ke induk unuk mengadakan pameran mewakili kampus kesihatan..11-16 ogos.

Bila dapat bertemu 2,3 orng sahabat lama di sini gembira rasanya.bagaimana pula agaknya bila tiba masanya untuk kita bertemu dengan kekasih tercinta, nabi s.a.w.. pabila bertemu cinta hakiki,, Allah s.w.t..gembiranya x tahu lah gambarannya. bilakah masanya?? wallahu'alam...

tapi yang pasti, setiap yang bernya itu pasti kan mati...
" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)