" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Tuesday, June 16, 2009

Ramai terseleweng daripada matlamat asal yang murni kerana nafsu

(part 1)

KITAB Sahih al-Bukhari, bab Ghazwah Hunain menyebutkan ketika Rasulullah SAW membahagi harta rampasan perang kepada orang Muhajirin sebanyak 100 ekor unta untuk setiap orang, ramai munafiqin yang bersuara: "Sungguh ini adalah pembahagian yang tidak adil."

Timbul pula fitnah dan cakap-cakap keji di belakang Rasulullah SAW yang dihembuskan orang munafik mengenai kedudukan kaum Muhajirin dan Ansar yang dibezakan, mengapa kaum Muhajirin (orang Makkah) yang baru memeluk Islam itu diberi keutamaan oleh Rasulullah SAW.

Padahal, orang Ansar sudah banyak berkorban untuk kejayaan Islam berbanding mereka yang baru memeluk Islam. Bahkan mereka mengatakan: "Sedangkan pedang kami masih berlumuran darah bagi membela Rasulullah SAW." Mereka mengungkitkan pembelaan tidak berbelah bagi kepada Rasulullah SAW.

Angin perpecahan dan antiperpaduan cuba ditiupkan oleh mereka yang hatinya rosak. Isu berbaur perkauman itu lantas ditangkis dengan cekap melalui pandangan politik Rasulullah SAW yang tajam dengan kaedah tarbiah nubuwwah.

Rasulullah SAW memanggil dan mengumpulkan kaum Ansar di Lembah Hunain lalu memberi mereka dua pilihan, apakah mereka memilih harta rampasan perang yang murah nilaiannya itu atau memilih untuk membawa pulang Rasulullah SAW dan Baginda menjadi harta milik mereka?

Rasulullah SAW mentarbiah jiwa orang Ansar dengan sabdanya yang bermaksud: "Wahai sekalian orang Ansar, tidak sudikah kamu jika orang Muhajirin itu pergi dengan membawa unta, sedang kamu pergi dengan membawa Rasulullah SAW? Sesungguhnya pemergian kamu bersama Rasulullah SAW jauh lebih baik daripada mereka dengan membawa unta.

bersambung...

PPSMI wajib dimansuh

KUALA LUMPUR 10 Jun - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) wajib dimansuhkan mengikut Islam kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada anak bangsa.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsuddin berkata, lebih 800 ulama di negara ini bersetuju bahawa dasar itu wajib dihapuskan secepat mungkin berdasarkan nas-nas naqli serta dalil-dalil agama.

Jelasnya, kanak-kanak golongan miskin yang berada di luar bandar kebanyakannya tidak mampu menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu sains dan matematik.

"Itu jelas satu bentuk kemudaratan. Berdasarkan nas-nas naqli, dinyatakan bahawa sesuatu yang mudarat dan boleh membawa kemudaratan adalah wajib dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai penyerahan memorandum 'Muafakat Ulama Mansuhkan PPSMI' kepada Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini.

Memorandum setebal lima muka surat itu mengandungi 11 tuntutan yang didakwa diperakui lebih 40 persatuan ulama dan disokong oleh beberapa persatuan lain.

Turut menyertai rombongan itu adalah Presiden Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP), Prof, Shaharir Mohamad Zain.

Antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum itu adalah:

n Menolak pelaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara.

n Mendesak agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan negara termasuk menggalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara.

n Menegaskan kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdalih dengan alasan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadikan asas bagi meneruskan atau memberhentikan pelaksanaan PPSMI.

Sunday, June 7, 2009

Saham Akhirat

Sahabat...
bile tgk gmbr nie, teringt kisah para sahabat Rasulullah dahulu. antara insan pertama yang memeluk agama islam adalah Saidina Abu Bakar r.a. setiap sahabat Rasulullah berlumba lumba untuk membuat kebaikan. ketika Rasulullah menyeru para sahabat untuk mendermakn harta ke jalan Allah, Abu Bakar menyerahkan segala hartanya.. apabila di tanya 'apakah yng tinggal padamu??' dengan penuh keyakinan, beliau menjawab "Allah dan Rasulnya"..
lebih kurang cm tu lah cerita die..
tp apa yang nak disampaikan di sini, sejauh manakah kita telah menyimpan saham kita untuk hari muka??nak berjihad berjuang menentang kekufuran,, tak termampu rasanya..
jadi, mari sama2 kita meneliti hadis Rasulullah S.A.W di bawah....

"Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri."

sama2 lah kita renungkan.syurga target kita,, tapi amalan x banyak mane!!
sama2lah mencari SAHAM AKHIRAT sebagai penyelamat dari api neraka Allah yang amat pedih...

Saturday, June 6, 2009

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

1· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.


Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.


Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.


Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.


Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.


Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.


Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.


Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.


Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.


10· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.


Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Thursday, June 4, 2009

MRSM Muadzam Shah

bismillahirrahmanirrahim..
pada tanggal 25 mei 2009, aku mengimbau kembali kenangan 2 tahun di maktab yang banyak mengajar aku erti kahidupan.seronok dapat jmpa kembali ckgu2 yang bnyk menabur jasa dan bakti mendidik kami tanpa jemu.bila berjalan di blok akademik, teringatlah gelak tawa bersama rakan2 ketika menuntut ilmu dulu..tgk gambar ni,,


nie gmbar sahabat2 kelas terakhir di maktab..emm,nie kelas 'mentor'.tp bile 1st time msk kelas nie, rase kerdil sngt.dah la dpt msk kelas nie sem last skali,,rase cm x layak jea time tu,huhu..
bile pk2 balik, seronok sebenarnya dapat kawan ngn golongn cendiakawan nie.bru tahu erti serius dalam belaja.mmg x dpt dilupakan segala pengalaman dalam kelas nie.. orng ramai cakap kelas 514, "kelas dewa " huhu...
tp sebenarnya kite semua same aje. bezanya usha kite jea..


tapi sebanarnya sebelum ak masuk kelas 514 nie, ak sekadar pelajar kelas bese jea. jom tgk lak gambar nie,,

haa, yang ni kelas 512.selang satu kelas je dari 514.kelas ni penting sgt dalam idup ak!!dari sini lah bermulanya perasaan ingin bersaing. tp dalam diam2,huhu..dalam kelas ni, yard n farez lah yng slalu duk bersaing.tp sebenarnya,dalam diam2, ak jeles gak!!ak just follow jea.at the end of sem 1 form 5, ak berjaya buat pertama kalinya dapt anugerah pengetua.ckgu2 kelas nie mmg best,tp kelas 514 pun ok gak ckgu2 die..walau apapun, tima kasih pada ckgu2 yng mengajar n pada kawan2 yng bnyk membantu dalam pelajaran..
sayang korang seme..


haa, tu kenangn time jd student d mzms..bile dah "dewasa" skit nie, mmg lain lah.bile jmpa ckgu2.kami ni dah jadi cam kawan je pada diorng.mmg best. tgk gmbr nie lak,,

ni gmbr makan pagi ngn abi.huh mmg best lah.siap blh suh abi belanja agi!!ni lah yng di katekn,,kami dah jadi cm kawan jea ngn ckgu2 yng bnyk berjasa pd kami.ni alh tmpt aku mula nk mengenal erti kehidupan yang fana nie,huhu..















Kepada guru2 n sahabat2 seperjuangn sekalian, terima kasih atas segala perkongsian yng di buat sepanjang 2 tahun d mzms.moga segala usha kita di balas oleh Allah S.W.T, insyaAllah..
" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)