" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Saturday, July 17, 2010

Buka Mata ^_^





Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Sunday, July 11, 2010

Perjalananku

Alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana masih memberi kesempatan kepadaku untuk menulis di alam maya ini. syukur juga kerana pada hari ini ak akan memulakan kehidupanku sebagai pelajar tahun 2 perubatan d USM ini.insyaAllah 4 tahun lagi aku akan bergelar sebagai seorang doctor. kali ini aku ingin berkongsi pengalaman terbaru.pertama kali dalam hidupku.pengalaman menyertai misi kemanusiaan pada 6-10 julai baru2 ni. fresh agi,huhu...luka yang dapat mase di sana pun masih merah berdarah lagi nie...=) seramai 31 orang pelajar telah turut serta dalam misi kali ini yang diadakan di kampung orang asli pos simpor, Gua Musang...

6 julai 2010.
kami bertolak dari usm ke Abim outreach di kok lanas pada jam 3.00 petang. sampai disana dalam kul 3.30,bawak turun barang, kemas2,solat asar then ada taklimat dari pihak abim mengenai aktiviti di sana kerana kami malaksanakan misi ini dengan kerjasama abim. pada malamnya, kami mula berkumpul selepas solat isyak untuk pembahagian kenderaan. huh, naik land cruiser n pajero. penuh dengan barang2,huhu...kami bertolak ke Gua musang awal2 kerana nak masuk offroad(jalan balak) seawal yang mungkin.perjalanan ke gua musang lebih kurang dalam 3 jam jugak dan kami bermalam di masjid gua musang.

7 julai 2010.
seawal 9 pagi kami mula bertolak ke persimpanagn pos simpor dan bermulalah perjalanan mencabar kami di jalan balak nie,huhu..kalo jalan balak aje x pe, tapi kami perlu merentasi 9 bukit.sungguh mencabar.perjalanan mengambil masa dalam 4 jam.huh,,duduk dalam 4 wheel drive atas jalan balak, x senang duduk la jugak. kami menantikan apakah ujian yang akan datang dan apakah pertolongan yang akan diberikan dalam perjalanan ini..segalanya berjalan lancar sehingga ke bukit yang ke berapa tah. sebuah land cruiser(LC) dengan muatan barang2 x lepas nk naik bukit securam 45 degree tu.kebetulan ada sebuah lagi mengekori di belakang. tiba2, LC yang awal tadi mengundur ke belakang dan hampir melanggar yang sebuah lagi. nasib baik pemandu kenderaan ni seme nye terlatih belaka.dengan cepat diorang menggangtung kenderaan mereka di lurah bukit yang ada.selepas 2 cubaan semula, LC yang mula2 tadi berjaya juga naik. yang menjadi masalah skarang cuma LC yang di belakang tu, da x blh kua dari lurah tersebut. penat menolak, akhirnya, ada sebuah lori tiba di situ.akhirnya berjaya juga kami melepasi rintangan ni.Alhamdulillah semua selamat sampai di kampung tersebut walaupun ada yang kelihatan cemas ketika kejadian.
di waktu petangnya, pembahagian anak angkat berjalan.ada diantara kami yang mendapat family yang islam seme, ade juga yang dapat yang bukan islam.apa yang penting bagi kami ialah msg dakwah dan keinginan kami untuk mengenali budaya masyarakat orang asli di sana. di sebelah malamnya, tidak ada aktiviti sangat, cuma solat secara jemaah dengan orang kampung dan sedikit tazkirah.

8 julai 2010.
seawal pagi sesudah subuh kami yang muslimin memanaskan kuali menggoreng bihun.huh, 2 trade tu. 1 trade = 12 paket bihun...kenapa masak banyak2 nie??huurrrmmmm.....haa,, kami menjemput family angkat masing2 untuk datang dan makan

bersama2.dengan cara ni, kita dapat lebih bermesra dengan family masing2..kemudian kami memberi sedikit barang mentah untuk dimasak di rumah family angkat masing2. sepanjang hari kami bersama family angkat masing2. ada yang pergi menjala, kutip hasil hutan, menumbuk padi bukit n macam2 lagi lah =) aku sendiri ikut pak angkat g menjala. walaupun penat menyusuri sungai tu,tapi best sangat sebab sungai kat sana cantik sangat.waktu zuhur dan asar, kami solat jemaah di rumah keluarga masing2.emm,,walaupun ade yang bukan islam, namun diorang still beri keizinan untuk solat di rumah mereka.sebenarnya, mereka ingin mengenali islam dengan lebih mendalam. yang menjadi masalahnya, tidak ada yang rajin masuk ke kmpg mereka untuk menyampaikan seruan dakwah kpd mereka.kami sendiri juga ada mslh tersendiri iaitu masalah bahasa komunikasi. tak ramai dalam kalangan mereka yang mampu bertutur dalam bahasa melayu. mereka menggunakan bahasa temian.kadang2 ssh juga nak cakap ngan diorang,huhu...pada petangnya kami berjumpa dengan kumpulan doktor2 jemputan yang bertolak dari KB seawal pagi lagi.di sebelah malamnya, seperti biasa.solat secara jemaah dengan penduduk kampung dan ada sedikit tazkirah maghrib.dan kami melelapkan mata setelah penat seharian bersama keluarga angkat.

9 julai 2010
hari yang ditunggu2 tlh tiba...knp pulak?huhu...hari ini kami menjalankan agenda utama kami iaitu pemeriksaan kesihatan secara percuma(mobile clinic) kepada penduduk kampung. kami bahagikan mobile clinic ni kpd 2 komponen.
1. crowd pulling.
kami mengajar budak2 dan orang2 dewasa disana cara memberus gigi dengan betul. kemudian, kami membuat rawatan rambut istimewa,hehe...seronok budak2 tu.kami menyapu losyen untuk menghilangkan kutu2 yang ada diatas kepala diorang tu =d ada jugak sorang pakcik tu tanya, ada x ubat nak hitamkan rambut die yang dah beruban tu,huhu...=)
2. clinic
terdapat beberapa pemeriksaan yang kami jalankan.antaranya BP, blood glucose, BMI, eye examination dan macam2 lagi.seronok orang2 kampung ni amik ubat.yang paling mendapat permintaan,, paracetamol(pcm),hehe...kami buka sampai tengah hari.

kemudian diteruskan dengan kenduri besar besaran.25kg daging di masak.huh,best tu...sebelah petangnya, kami jalankan sukaneka.menyumpit belon tergantung yang bergerak, rebut gula2, menghias ibu, dan menganyam. enjoy.....=) pada sebelah malam yang terakhir ni, kami menjemput mereka datang menyaksikan tayangan yang diadakan selepas solat isyak. tayangan berkisar tentang aktiviti yang dijalankan. mereka duduk gelak ketawa dengan video hasil rakaman lakonan mereka sendiri,hehe...huh,,terpancar kepuasan di raut wajah kami apabila melihat mereka benar2 menerima dan mengalukan kedatangan kami.

10 julai 2010.
seawal pagi kami sudah mula berkemas dan bersiap sedia untuk berangkat pulang. kami menziarahi keluarga angkat masing2 untuk kali terakhir. kira2 jam 10.00 pagi, kami mula melambai2 tangan kepada mereka. walaupun terasa agak keneratan untuk meninggalkan mereka dengan kenangan2 terindah sepanjang 4 hari kami disan, namun harus kami telan jua kerana kami masih mempunya tanggungjawab untuk meneruskan pelajaran dan mengejar cita2. namun kami tidak lupakan untuk menggalakkan anak2 orang asli disana terus menuntut ilmu. kami menghantar lebih kurang dalam 20 orang kanak2 ke sekolah di kampung yang jauhnya 2 jam setengah dari kampung mereka...walaupun kerisauan melanda kerean cuaca hujan pada malam tadi, namun Alhamdulillah kami berjaya sampai dengan selamat tanpa sebarang ujian. 8 malam kami tiba di USM kembali dan semangat untuk terus balajar untuk mencapai cita2 dan membantu orang2 susah seperti mereka menaik tinggi...=)

InsyaAllah segala apa yang kami korbankan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah s.w.t...moga2 selepas ni ramai lagi rakan2ku akan menyertai program sebegini bagi membina jati diri dan memupuk ikhlas dalam memberi perkhidmatan kepada orang lain...

sekadar ini yang dapat aku kongsikan bersama...=)

wallahu'alam...

Sunday, July 4, 2010

Welcome Lagi +_+

Alhamdulillah.syukur pada Allah kerana diberi lagi kekuatan untuk meluangkan masa di alam maya ini..walaupun pada ketika ini berada didalam bilik dan duduk berperang dengan nyamuk,namun ak tetap setia untuk duduk di kerusi ini walaupun sang nyamuk sedang menyerang kakiku,huhu...emm,ape yang welcome lagi nie??x abis2,huuuuu....

haa,kali nie dengan berbesar hatinya ingin kuucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar2 baru usm kampus kesihatan kubang kerian...:-) semalam,mereka2 ni telahpun mendaftar.tapi semalam aku rasa macam x semeriah tahun lepas la pulak,huhu...mungkin kerana bilangan pelajar lelaki yang mendaftar di desaku ini terlalu sikit kot. kalo tahun lepas ada la jugak bunyi riuh rendah macam pasar tu, tapi semalam, siap ak boleh tido dengan nyenyak agi,huurrmmm.....best jugak =d

tak mengapalah, bukan kuantiti yang diutamakan, tetapi kualiti yang perlu dititik beratkan. sama jugak konsepnya dalam kita beribadah kepada Allah. bukan kuantiti yang menjadi ukuran, tetapi kualiti.TETAPI kesempurnaan akan datang jika kedua2 aspek ini dapat bergandingan bersama...kata kedua2 aspek ini, "kami gandingan aideal". jadi, undilah mereka dalam kita melaksanakan ibadah kita.

kalau kita lihat dalam aspek belajar pulak??emm,, study hard? study smart? mcm mana nak berjaya.selalu timbul persoalan ini di benak hati setiap orang kan...apa kata kalo kita ambil teori tadi..apa yang penting adalah kualiti pembelajaran kita...kuantiti? andai kata kita belajar 24 jam seharian tanpa henti.sememangnya kuantiti itu mencukupi.namun, adakah pembelajaran itu berkesan? emm,robot je kot boleh hadam pelajaran sepanjang 24 jam tanpa henti tu,huhu... jadinya, dalam pembelajaran, yang penting adalah banyak mana kita boleh menghadam pelajran kita..carikan tempoh kualiti itu, kemudian di gandingkan pulak dengan kerajinan, ketekunan @ kuantiti belajar itu sendiri, maka, insyaAllah kejayaan dalam genggaman...jadinya, mungkin perkara ini boleh diambil pengajaran kepada pelajar2 yang baru mendaftar nie..=) moga2 ada manfaatnya...

huh, jauhnya merewang.nk ucap selamat datang jea,,huhu...
jadi, akhirnya,ingin diucapkan sekali lagi kepada siswa/i yang baru, selamat datang, ingat pesan ayah, ingat pesan ibu..."menuntut ilmu itu adalah wajib keatas setiap muslimin dan muslimat"


barisan kepimpinan MPP usm kampus kesihatan

barisan kepimpinan Persatuan Sains Perubatan USM

Empunya diri??haha...x perlu laa...

till we meet again, insyaAllah...

>>renung-renungkan...dan selamat beramal...=)

wallahu'alam..

Friday, July 2, 2010

Welcome back ^_^



Alhamdulillah.syukur kerana ak ditakdirkan untuk kembali ke alam maya ini..emm,,ramai yang bertanya kenapa da lama x update blog...jawapannya...entah,tiada jawapan kot,hehe...

emm,pembukaan baru ini,nk berkongsi sedikit.. bukan mudah sebenarnya menjadi seseorang yang bergelar "mahasiswa". banyak perkara perkara baru yang perlu d pelajari tak kiralah dalam akademik ke, agama, sosial, IT dan banyak lagi lah.tetapi, harus kita ingat bahawa, semua perkara yang di takdirkan untuk kita itu adalah dari Allah. bukan semua perkara yang kita kehendaki, kita akan dapat.mungkin sesuatu perkara yang kita fikirkan yang terbaik untuk kita sebenarnya adalah yang buruk d sisi Allah. jadi sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah s.w.t walau apapun yang berlaku keatas kita. yang pasti, segala yang ditakdirkan itu adalah bersesuaian ataupun bertepatan dengan keupayaan kita. sepertimana yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-quran :
لاَ يُكَلّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (Al-Baqarah ; 286)

oleh itu wahai penulis dan sidang pembaca sekalian, renungkanlah segala apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kita. sejauh mana dugaan/ujian/rahmat dan seangkatan dengannya, maka sejauh itulah keupayaan yang telah di kurniakan kepada kita juga.sebagai contoh ;
andai kita di takdirkan untuk duduk di asrama, dan mendapat bilik di tingkat 4/4 @ atas sekali, maka sebenarnya setinggi itu jugalah keupayaan yang kita ada. tidak kira lah keupayaan untuk naik turun tangga untuk ke kelas mahupun naik turun tangga untuk ke surau @ masjid untuk solat berjemaah.

contoh yang lain yang ingin di kongsi bersama dalam slot welcome back ini adalah kemampuan kita dalam akademik..perlu kita fikirkan bersama kerana saban tahun, bilangan pelajar pelajar muslim yang cemerlang semakin berkuranagn. implikasi nya disini, bilangan pelajar muslim yang berjaya ke IPT juga semakin berkurangan. walau apapun kos yang ditawarkan kepada kita, terimalah dengan seadanya. andai kita ditawarkan dengan kos2 yang orang kta susah, maka percayalah bahawa kita mempunyai keupayaan yang telah Allah selitkan dalam diri kita. tetapi, seandainya kita ditawarkan dengan kos2 yang kurang famous, maka terimalah juga seadanya. yang perlu kita analisa adalah, sejauh mana kita mampu untuk meningkatkan potensi dan keupayaan yang ada dalam diri kita.

setakat ini sahaja untuk slot ini.moga Allah semtiasa memberi kekuatan dalam diri untuk terus berada di alam maya ini, insyaAllah.

>>renung-renungkan...dan selamat beramal...=)

wallahu'alam..
" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)