" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Friday, July 2, 2010

Welcome back ^_^



Alhamdulillah.syukur kerana ak ditakdirkan untuk kembali ke alam maya ini..emm,,ramai yang bertanya kenapa da lama x update blog...jawapannya...entah,tiada jawapan kot,hehe...

emm,pembukaan baru ini,nk berkongsi sedikit.. bukan mudah sebenarnya menjadi seseorang yang bergelar "mahasiswa". banyak perkara perkara baru yang perlu d pelajari tak kiralah dalam akademik ke, agama, sosial, IT dan banyak lagi lah.tetapi, harus kita ingat bahawa, semua perkara yang di takdirkan untuk kita itu adalah dari Allah. bukan semua perkara yang kita kehendaki, kita akan dapat.mungkin sesuatu perkara yang kita fikirkan yang terbaik untuk kita sebenarnya adalah yang buruk d sisi Allah. jadi sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah s.w.t walau apapun yang berlaku keatas kita. yang pasti, segala yang ditakdirkan itu adalah bersesuaian ataupun bertepatan dengan keupayaan kita. sepertimana yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-quran :
لاَ يُكَلّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (Al-Baqarah ; 286)

oleh itu wahai penulis dan sidang pembaca sekalian, renungkanlah segala apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kita. sejauh mana dugaan/ujian/rahmat dan seangkatan dengannya, maka sejauh itulah keupayaan yang telah di kurniakan kepada kita juga.sebagai contoh ;
andai kita di takdirkan untuk duduk di asrama, dan mendapat bilik di tingkat 4/4 @ atas sekali, maka sebenarnya setinggi itu jugalah keupayaan yang kita ada. tidak kira lah keupayaan untuk naik turun tangga untuk ke kelas mahupun naik turun tangga untuk ke surau @ masjid untuk solat berjemaah.

contoh yang lain yang ingin di kongsi bersama dalam slot welcome back ini adalah kemampuan kita dalam akademik..perlu kita fikirkan bersama kerana saban tahun, bilangan pelajar pelajar muslim yang cemerlang semakin berkuranagn. implikasi nya disini, bilangan pelajar muslim yang berjaya ke IPT juga semakin berkurangan. walau apapun kos yang ditawarkan kepada kita, terimalah dengan seadanya. andai kita ditawarkan dengan kos2 yang orang kta susah, maka percayalah bahawa kita mempunyai keupayaan yang telah Allah selitkan dalam diri kita. tetapi, seandainya kita ditawarkan dengan kos2 yang kurang famous, maka terimalah juga seadanya. yang perlu kita analisa adalah, sejauh mana kita mampu untuk meningkatkan potensi dan keupayaan yang ada dalam diri kita.

setakat ini sahaja untuk slot ini.moga Allah semtiasa memberi kekuatan dalam diri untuk terus berada di alam maya ini, insyaAllah.

>>renung-renungkan...dan selamat beramal...=)

wallahu'alam..

4 comments:

::lailiathirah:: said...

salam..
-zainal.hye :)

zainal's site said...

waalaikumussalam...yup...hye...=)

ayi said...

nothing to lose nothing to gain....
blog blog and blog just a writing and no more

Hainur Eisha said...

Insyaallah

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)