" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Wednesday, June 27, 2012

Kasih Idaman??

 Bismillahirahmanirrahim. hari ini tanggal 27 JUN 2012 bersamaan 7 sha'ban 1433 hijriah.
hari ini terasa nak berkongsi 1 lagu yang bagiku agak best,hehe... lagu yang dikenalkan oleh seorang sahabat.nk mention ke?emm,,x yah laa.nnti die bangga pulak!hehe =D sama sama lah layan lagu nie. mungkin boleh memberi inspirasi kepada anak anak remaja sekarang. bercinta itu tidak salah tetapi biarlah berlandaskan syariat. yang pasti, video ni bukan ak yang buat..Jom layan....



video




Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

sekian dahulu.
wallahu'alam.

Persediaan Ramadhan Karim

Alhamdulillah, syukur pada sang pencipta kerana masih dipanjangkan umur kita dari sehari kesehari. seinfiniti kesyukuran sama sama kita panjatkan atas nikmat yang dikurniakan terutama nikmat yang terbesar nikmat iman dan juga nikmat islam. tanpa 2 nikmat ini mungkin aku tidak akan menulis perkara sebegini pada hari ini. sedar atau tidak, sudah 6 sha'ban. InsyaAllah 24/23 hari lagi kita akan menyambut kedatangan suatu bulan yang sememangnya kita kenali dengan bulan yang penuh kemuliaan yang mana jika dibicarakan nescaya tidak pernah akan bernoktah. maka sebelum datangnya bulan ini, sama sama kita tanya kepada diri kita, sudah bersediakah kita? jadi disini ingin aku kongsikan beberapa tips daripada ceramah yang baru aje aku hadiri hari ini. ceramah yang disampaikan ustaz zainuddin di masjid USMKK.

Antara persediaan pertama yang perlu kita lakukan adalah mempersiapkan diri kita dengan doa sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w didalam hadis Baginda yang di riwayatkan oleh imam ahmad dan riwayat at-tabrani..doa yang sangat mahsyur dan mungkin dah familiar bagi sesetengah orang.





mungkin ad yang berkata dah lambat dah nk baca doa nie sbb sepatutnya dari bulan rejab lagi dah..yea, memang betul. tetapi didalam islam, tidak ada erti terlambat sepertimana taubat, tidak ad erti terlambat sehingga nyawa sampai ke halkum. maka marilah sama sama kita terus mengamalkan doa ini, moga Allah memanjangkan nyawa kita dan bertemu dengan bulan mulia ramdhan. banyak kisah kisah yang kita dengar, dan mungkin ada dalam kalangan orang yang dekat dengan kita, belum sampai lagi bulan ramadhan sudah dipanggil menghadap Allah. maka, letaklah pengharapan kita kepada Allah

Perkara kedua yang perlu kita titikberatkan adalah meningkatkan amalan berpuasa sunat. pasa sahabat sememangnya kita ketahui bahawa mereka sangat sangat memperbanyakkan amalan puasa sunat di bulan rejab dan sha'ban sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w sendiri. ad riwayat mengatakan bahawa tiada bulan lain nabi paling banyak berpuasa melainkan bulan sha'ban sehinggakan ada yang mengatakan bahawa nabi berpuasa 30hari di bulan sha'ban. hal ini ditafsir oleh para ulama kerana sha'ban merupakan pintu kepada satu bulan yang sangat hebat dan mulia.

Yang ketiganya kita perlu memberi perhatian kepada al quran. sama2 kita fikirkan, dalam masa setahun ini, sudah berapa kali kita khatam al quran? sesungguhnya bulan ramadhan itu adalah bulan al quran. bulan diturunkan al quran sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :




bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

maka sewajarnya kita membaca al quran dan meletakkan target untuk khatam sekurang kurangnya sekali dalam bulan ramadhan ini. tetapi bukan setakat bulan ramadhan sahaja kita membaca al quran yea. moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus membaca al quran.
apa pentingnya baca al quran nie? semestinya mengharapkan pahala dari Allah. tapi selain tu apa lagi? pentingnya adalah sebagimana di dalam sebuah hadis ad menyebut "puasa dan al quran akan memberi syafaat bagi hamba di hari akhirat kelak."

Kesimpulannya, perbanyakkan doa kita. suatu hari ketika perang pertama umat islam, iaitu perang badar yang berlaku ketika bulan ramadhan, nabi s.a.w mendah tangan, berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, pengharapan tawadhu' sehinggakan ad riwayat mengatakan bahawa nabi berdoa sehingga ternampak bawah lengan nabi yang putih lagi suci itu. Ya Allah, jika nabi berdoa sehingga begitu sekali, mengapa kita tidak? fikir fikirkan. buatlah persiapan sebaik baiknya. belum terlambat untuk bersedia sebagaimana kita bersedia menghadapi exam. sebulan sebelum exam should be sangat sangat memadai kan? jadi sama juga untuk persiapan ramadhan. dan akhirnya, letaklah target kita dapat khatam al quran di bulan ramadhan nanti sekurang kurangnya sekali.

Maka, sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Mungkin perkongsian ini tidak seberapa, tatapi aku doakan moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. akhirnya, sama sama lah kita merenung firman Allah

Demi Masa! {1} Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - {2} Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.{3}

Wallahu'alam.

Sunday, June 3, 2012

Wajah Baru

pertamanya, marilah sama2 lafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t diatas segala nikmat yang tidak terhitung. syukur kepada Allah diatas kesempatan untuk ak menulis skit pada malam nie.
tiada apa yang ingin kucoretkan. cuma sekadar rasa syukur setelah selesai exam dan result pun dah diumumkan. x semua orang merasai apa yang aku rasai dan ak juga tidak merasai apa yang orang lain lalui. yang pasti bagiku, segala debaran hilang sekelip mata setelah mendengar namaku disebut menandakan lulus peperiksaan ikhtisas II dan boleh meneruskan pengajian di tahun 4 bulan 9 nanti, insyaAllah.

Hidup ini umpama roda. x selalunya kita berada diatas dan x selamnya kita berada dibawah. yang pasti Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk setiap hambaNya. apa yang perlu kita lakukan adalah meletakkan keyakinan kepada Allah dan meningkatkan lagi usaha supaya mampu bergerak dengan lebih maju di masa akan datang. yang bernasib baik, aku ucapkan tahniah. dan kepada yang kurang bernasib baik, ingatlah bahawa setiap segala ketentuan itu ada hikmahnya dan Allah adalah sebaik2 perancang.

Kini, segalanya bakal menjadi baru bagi diriku dan blog pun dah berwajah baru,hehe...=D
mula2 nampak pening jugak sebab dah lama x buka blog.tapi rupa2nya, wajah baru nie amat memudahkan.
so, sampai disini shaja dahulu untuk kali ini.

wallahu'alam...

Friday, February 17, 2012

“kejutkan saya solat tahjud yea”

“ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa dosa ku. Samada yang sengaja, mahupun yang aku tidak sengajakan. Yang aku sedari mahupun yang tidak ku sedari. Yang aku nampak mahupun yang aku tidak nampak. Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang bergelumang dengan dosa atas kelalaian diriku sendiri ya Allah. Janganlah Engkau menghukumku atas kelalaianku. Tunjukilah aku jalan yang lurus, berilah petunjuk dan hidayahMu dan pandulah aku ke jalan yang Engkau redhai…”

Si isteri itu duduk termenung sahaja.memerhatikan si suami yang penuh khusyuk diatas sejadah menadah tangan memohon doa terhadapa penciptanya yang agung. Terukir senyuman dibibir si isteri melihatkan suaminya yang sudah mula berubah dari hari ke hari. Namun jauh di sudut hatinya masih lagi teringat satu perkara sahaja lagi yang teramat sangat dirindui.

“ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku yang menjaga dan mendidik ku dari kecil hingga dewasa ini. Rahmatilah mereka sebagaimana engkau merahmati hamba hambaMu yang soleh. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil. Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang orang yang beriman…”

Si isteri sedang asyik memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga suaminya yang sebelum ini merupakan seorang yang sangat malas beribadah tiba tiba sahaja berubah sedemikian rupa. Walau beribu persoalan yang dating menerpa kotak fikirannya, namun jauh disudut hatinya, dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada pencipta yang Esa kerana mengembalikan suaminya seperti mana yang dia kenali diawal pertemuan mereka.

“ya Allah, berkati dan rahmatilah rumahtangga yang kubina ini bersama isteri yang kusayangi, isteri solehah yang Engkau kurniakan kepadaku. Titpkanlah rasa cinta kami selamanya dan pernah Engkau padamkan perasaan kasih diantara kami. Diakhirnya, pertemukanlah kami didalam syurgaMu.amin ya rabbal’alamin…”

Tersenyum lebar siisteri mendengarkan doa suaminya sambil mengaminkannya dengan penuh pengharapan moga Allah memperkenankan doa doa suaminya itu. Terasa tenang hatinya melihat suaminya telah kembali seperti dahulu. Setelah bertahun tahun lamanya dia berdoa agar suaminya kembali menjadi seorang suami yang soleh, suami yang memimpin dirinya kejalan ketakwaan.

“awak, pagi nanti dalam pukul 4, awak kejutkan saya solat tahjud yea. insyaAllah kita boleh buat qimullail bersama. Dah lama kita x qiam skali kan? Saya tido dulu yea. Assalamualaikum. “

Tanpa berkata apa apa, siisteri hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata kata suaminya itu. Mengalir air matanya tatkala mendengar kata kata yang sudah sekian lama dinanti nantikan siisteri. Mengalir air mata membasahi pipinya tanda syukur kerana kerinduannya selama ini untuk qiam bersama suaminya diperkenankan Allah..

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Sister yang tersedar bangun dengan harapan baru. Sambil tersenyum melihat suaminya yang masih lena, dia mengejutkan suaminya itu dengan perlahan penuh manja.

“abang, bangun..dah pukul 4 pun. Jom kita tahajud yea. Abang pun dah janji nk qiam skali kan…abang bangun yea. Saya pergi bersiap dulu.”

Sambil membentangkan sejadah bersiap untuk tahajud , bibirnya masih terukir senyuman melihatkan suaminya yang masih belum terjaga. Berkata kata didalam hatinya “mungkin sebab dah lama sangat x bangun untuk qiam kot…”

“abang, bangun laaa…nanti terlambat, takut tak sempat pula kita nk tahajud sekali…abang….”

berkali kali dia memanggil suaminya, namun masih juga tiada berjawab. Terdetik didalam hatinya kerisauan. Apa yang berlaku pada suaminya. Dia memalingkan suaminya itu dan terkejut lantas menitis air matanya melihatkan suaminya yang sudah pun terbujur kaku…

(12) وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
surah as-sajdah: ayat 12

sesungguhnya cerita diatas hanyalah rekaan imaginasi semata mata. namun apa yang hendak disampaikan kali ini adalah betapa betapa menyesalnya kita andai didunia ini kita mengabaikan amal ibadah kepada Allah s.w.t. ajal maut, tidak ada siapa pun yang tahu bila ia akan menjelma. anadai ia menjelma disaat kita sudahpun memohon taubat kepada Allah s.w.t seperti mana kisah diatas, maka Alhamdulillah. insyaAllah tempat kita di syurga. namun andai tidak sempat untuk bertaubat, maka jadilah kita sepertimana yang diceritakan oleh Allah s.w.t didalm firmannya dalam surah as sajdah seperti yang tertulis diatas. disaat itu kita akan merayu, meronta ronta meminta supaya dikembalikan ke dunia. namun apakan daya, janji Allah itu maha benar. kehidupan kita di dunia ini hanyalah sekali dan sementara.

maka marilah kita bersama sama menuju kearah jalan menambahkan amal soleh sebelum terlambat. perbanyakkan taubat kepada Allah s.w.t.

wallahu'alam.moga bermanfaat.

Sunday, January 29, 2012

Istikharah Cinta



video

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Kali ini cuma 1 perkongsian yang x seberapa. ad yang suka dan ad yang x suka dengan lagu ni. tapi bagiku sendiri, lagu ini mengingatkan aku akan 1 kisah silam yang akan ku jadikan pengajaran sepanjang hidup insyaAllah. ingatlah, suatu hari nnti pasti situasi ini akan menjelma kepada diri kita dan mungkin ad yang sudah menjelma pun. yang aku harapkan semoga apabila tiba masa nnti, kita semua terutama diriku sendiri tidak lupa akan intipati didalam lagu ini. kita semua ada pasangannya yang telah ditentukan oleh Allah...sama2 hayati sepotong ayat Allah didalam surah an-naba'

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا {8
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang
(surah an-naba' - ayat 8)

moga pabila sampai masa dan waktunya, Allah s.w.t. memberikan petunjuk yang terbaik untuk kita semua.

Wallahu’alam…moga bermanfaat.

Friday, January 27, 2012

D.U.I.T.R.M.



Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi member peluang untuk aku berhadapan dengan bahtera kehidupanku yang tak seberapa ini…=) masih lagi belum pasti samada apa yang ak tuliskan ini akan member manfaat kepada diriku atau orang lain…tapi, apa yang pasti, aku mengharapkan redha Allah s.w.t dan moga2 ada pembalasan yang baik yang diberikan kepadaku dan juga kepada mereka yang membaca, insyaAllah…=)

Cuti seminggu, tapi study x sampai seminggu pun,huhu…tapi apa yang bagusnya, sedang bersembang dengan seorang sahabat, bercakap berbual mengenai perkara2 yang dah lepas, pengalaman dan sebangainya, terkeluarlah satu frasa D.U.I.T.R.M.. mungkin ramai telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan frasa ini. Tetapi bagiku, perbualan kami mengenai ini menimbulkan beberapa kesedaran kepadaku dalam banyak perkara x kira dari sudut study, mahupun kehidupan yang sementara ini. Menimbulkan kepada kepada kesedaran betapa perlunya aku untuk melupakan segala kesedihan dan fokus untuk masa sekarang dan masa hadapan.

D – Doa

Segala sesuatu yang kita lakukan, jangan pernah untuk kita tidak berdoa kepada Allah hatta kita nak masuk ke tandas pun diajar oleh junjungan besar nabi s.a.w untuk berdoa…ya Allah,,betapa hambaMu ini tersangatlah lalai daripada berdoa kepadaMu. Sungguh aku hambaMu yang penuh hina yang sering melupakanMu ya Allah sedangkan Engkau tidak pernah sekali pun lupa kepada hamba2Mu walaupun sekelip mata. Betapa sayangnya Engkau kepada hamba2Mu sehingga Engkau berfirman dan memperingtkan kami supaya berdoa kepadaMu…

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu

(surah al-ghafir : 60)

Oleh itu, marilah sama2 memperingtkan diri sendiri supaya sentiasa berdoa dan sentiasa memulakan sesuatu dengan berdoa. Mudah mudahan Allah memperkenankan setiap doa kita semua, insyaAllah….

U – Usaha

Kita seringkali mendengar kata2 “tiada kejayaan yang dating tanpa usaha”. Maka benarlah kata2 itu. Setiap sesuatu yang kita impikan x mungkin kita akan dapat tanpa usaha seperti perumpamaan, kamu tidak akan berjalan melainkan kamu menggerakkan kaki kamu. Maka, menggerakan kaki itu adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh setiap manusia yang normal. Tanpa usaha menggerakkan kaki itu, maka tak mungkin kamu akan Berjaya,, iaitu Berjaya untuk berjalan. Perkara ini juga telah Allah nyatakan dalam firmanNya:

{قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ {14

Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

(surah al-a’la : 14)

Meskipun ayat ini menerangkan mengenai kejayaan yang sebenar, yakni kejayaan untuk sampai ke syurga, namun kita sama2 boleh jadikan ayat ini sebagai satu inspirasi iaitu inspirasi untuk mencari kejayaan di dunia untuk. Sesungguhnya, kejayaan dunia juga kita tidak boleh lupakan..betul x ;-) “dunia jambatanke akhirat”. Nak bercakap mengnai hadis, x berapa alim dan pakar. Tetapi disini boleh laa nk berkongsi sebuah hadis yang agak mahsyur dan aku percaya, ramai yang biasa dengar hadis yang lebih kurang bermaksud : “carilah akhirat seumpama kamu akan mati di esok hari dan carilah dunia seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”. Jadi, akhirat kita kejar, kejayaan dunia juga perlu dikejar…=)

Akan bersambung =)

Wallahu’alam…moga bermanfaat.


" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)