" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Sunday, January 29, 2012

Istikharah Cinta





Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Kali ini cuma 1 perkongsian yang x seberapa. ad yang suka dan ad yang x suka dengan lagu ni. tapi bagiku sendiri, lagu ini mengingatkan aku akan 1 kisah silam yang akan ku jadikan pengajaran sepanjang hidup insyaAllah. ingatlah, suatu hari nnti pasti situasi ini akan menjelma kepada diri kita dan mungkin ad yang sudah menjelma pun. yang aku harapkan semoga apabila tiba masa nnti, kita semua terutama diriku sendiri tidak lupa akan intipati didalam lagu ini. kita semua ada pasangannya yang telah ditentukan oleh Allah...sama2 hayati sepotong ayat Allah didalam surah an-naba'

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا {8
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang
(surah an-naba' - ayat 8)

moga pabila sampai masa dan waktunya, Allah s.w.t. memberikan petunjuk yang terbaik untuk kita semua.

Wallahu’alam…moga bermanfaat.

Friday, January 27, 2012

D.U.I.T.R.M.



Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi member peluang untuk aku berhadapan dengan bahtera kehidupanku yang tak seberapa ini…=) masih lagi belum pasti samada apa yang ak tuliskan ini akan member manfaat kepada diriku atau orang lain…tapi, apa yang pasti, aku mengharapkan redha Allah s.w.t dan moga2 ada pembalasan yang baik yang diberikan kepadaku dan juga kepada mereka yang membaca, insyaAllah…=)

Cuti seminggu, tapi study x sampai seminggu pun,huhu…tapi apa yang bagusnya, sedang bersembang dengan seorang sahabat, bercakap berbual mengenai perkara2 yang dah lepas, pengalaman dan sebangainya, terkeluarlah satu frasa D.U.I.T.R.M.. mungkin ramai telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan frasa ini. Tetapi bagiku, perbualan kami mengenai ini menimbulkan beberapa kesedaran kepadaku dalam banyak perkara x kira dari sudut study, mahupun kehidupan yang sementara ini. Menimbulkan kepada kepada kesedaran betapa perlunya aku untuk melupakan segala kesedihan dan fokus untuk masa sekarang dan masa hadapan.

D – Doa

Segala sesuatu yang kita lakukan, jangan pernah untuk kita tidak berdoa kepada Allah hatta kita nak masuk ke tandas pun diajar oleh junjungan besar nabi s.a.w untuk berdoa…ya Allah,,betapa hambaMu ini tersangatlah lalai daripada berdoa kepadaMu. Sungguh aku hambaMu yang penuh hina yang sering melupakanMu ya Allah sedangkan Engkau tidak pernah sekali pun lupa kepada hamba2Mu walaupun sekelip mata. Betapa sayangnya Engkau kepada hamba2Mu sehingga Engkau berfirman dan memperingtkan kami supaya berdoa kepadaMu…

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu

(surah al-ghafir : 60)

Oleh itu, marilah sama2 memperingtkan diri sendiri supaya sentiasa berdoa dan sentiasa memulakan sesuatu dengan berdoa. Mudah mudahan Allah memperkenankan setiap doa kita semua, insyaAllah….

U – Usaha

Kita seringkali mendengar kata2 “tiada kejayaan yang dating tanpa usaha”. Maka benarlah kata2 itu. Setiap sesuatu yang kita impikan x mungkin kita akan dapat tanpa usaha seperti perumpamaan, kamu tidak akan berjalan melainkan kamu menggerakkan kaki kamu. Maka, menggerakan kaki itu adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh setiap manusia yang normal. Tanpa usaha menggerakkan kaki itu, maka tak mungkin kamu akan Berjaya,, iaitu Berjaya untuk berjalan. Perkara ini juga telah Allah nyatakan dalam firmanNya:

{قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ {14

Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

(surah al-a’la : 14)

Meskipun ayat ini menerangkan mengenai kejayaan yang sebenar, yakni kejayaan untuk sampai ke syurga, namun kita sama2 boleh jadikan ayat ini sebagai satu inspirasi iaitu inspirasi untuk mencari kejayaan di dunia untuk. Sesungguhnya, kejayaan dunia juga kita tidak boleh lupakan..betul x ;-) “dunia jambatanke akhirat”. Nak bercakap mengnai hadis, x berapa alim dan pakar. Tetapi disini boleh laa nk berkongsi sebuah hadis yang agak mahsyur dan aku percaya, ramai yang biasa dengar hadis yang lebih kurang bermaksud : “carilah akhirat seumpama kamu akan mati di esok hari dan carilah dunia seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”. Jadi, akhirat kita kejar, kejayaan dunia juga perlu dikejar…=)

Akan bersambung =)

Wallahu’alam…moga bermanfaat.


Thursday, January 12, 2012

Permulaan Bahtera

Alhamdulillah setinggi kepujian ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah nikmat dan kurnianya masih lagi ak bergelar seorang muslim...mukmin? insyaAllah dengan setinggi pengharapan kepadaNya. setelah sekian lama aku tidak menyentuh blog ini, baru hari ini aku diberi kekuatan untuk menulis semula. sudah banyak msg yang aku terima bertanya tentang blog nie...hurrmmm,,terlalu banyak perkara yang berlaku hingga hilang semua kekuatan untuk blogging nie...tapi harapnya, semoga selepas ini, x kn hilang lagi semua kekuatan tu,insyaAllah...

dahulunya blog ini aku beri nama quranic generation dengan harapan moga ak mampu menjadi seorang hafiz al quran dan menjadi generasi al-quran.namun masih x kesampaian. jadi ku tukarkan namanya kepada BAHTERA KEHIDUPAN. sesuai sangat dengan kata2 yang selalu bermain di fikiranku "semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin kencang taufan yang melanda". moga peringatan di "BAHTERA KEHIDUPAN" ini, aku sentiasa diberi kekuatan dan keazaman untuk menempuh taufan yang melanda sepanjang perjalanan hidupku dengan tenang, sabar dan penuh pengharapan hanya kepada Allah s.w.t dan berjaya sampai ke destinasi yang kita semua impikan --> jannah al-firdaus. (amin)

kadang2, x semua perkara yang kita kehendaki itu adalah yang terbaik untuk kita. dan kadang2 perkara yang kita tak nak itu bukan yang buruk untuk kita. Allah s.w.t telah menetapkan setiap ketentuan dan segalanya direncanakan untuk yang terbaik bagi diri kita. REDHA dengan segala ketentuan :-)

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)