" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Saturday, October 31, 2009

Perkongsian Hati


alhamdulillah,, syukur kpd Allah..sekian lama x update alam maya ni,, ad jgk kesempatan yang d beri...x update blog ok lagi,,jgn smpi lupa nk update iman kita...
kali ini cume sekadar perkongsian dengan naqib usrah aje...
blh tgk sini....

wallahu'alam...

Saturday, October 24, 2009

IBU oh IBU


. Alhamdulillah,, sejambak kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah,, tuhan pentadbir sekalian alam. Maha suci Allah yang telah mencipta segalanya dengan penuh kesempurnaaan. sesempurna ciptaanNya adalah penciptaan manusia yang d cipta sebagai khalifah d muka bumi ini. namun semakin hari,, semakin manusia melakukan kerosakan dan kehancuran terhadap bumi yang indah ini.pernah kah kita terfikir,, bagaimana kita d lahirkan ke dunia ini? Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memilih ku untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan ini.sangat beruntung ku rasakan kerana bermacam ciptaanMu yang dapat ku hargai dan kagumi. memang tidak ku sangka begitu "rigid" dan detail nya manusia d ciptakan.dari sel yang begitu kecil dan halus,,sehingga terciptanya manusia dengan sistem tubuh yang complex,,Ya Allah sungguh Kau memang berkuasa atas segala sesuatu.

tetapi,, bukan tentang proses kejadian manusia yang nak aku kongsikan kali ni, tetapi aku nak share pengalaman yang membuatkan aku semakin menghargai harga pengorbanan seorang wanita yang bergelar IBU.kini baru aku betul3 sedar bahawa sememangnya seorang anak tidak mempunyai hak sama sekali untuk membantah @ melawan @ apa2 yang d katakan oleh ibunya ( yang tidak bertentangan dengan syariat). kenapa kau katakan sedemikian?

pernah x kita bayangkan bagaimana seksanya seorang ibu melahirkan anaknya?? sebelum ini memang ak x pernah dapat gambaran yang sebenar.tetapi,,hari khamis yang lepas,aku dapat melihat sendiri bagaimana peritnya melahirkan anak. Tima kasih kat abg ujai yang bawa ak masuk wad O&G @ wad bersalin.aku bersyukur kerana mendapat peluang untuk melihat sendiri depan mata kesakitan itu.walaupun dah 2 hari berlalu,, namun ak masih dapat rasakan lagi kesakitan itu. apabila terbayang wajah yang penuh kesakitan tu,, terketar lutut ni. takut jugak mse mula2 ak melihat kepala bayi yang dah nak keluar tu,, sampai nak terpitam jugak =). tapi,,itulah yang dikatakan begitu susahnya melahirkan anak.kita yang lelaki ini sudah pasti tidak akan merasai, namun hargailah pengorbanan ibu kita. dan bagi yang sudah @ akan berkahwin,, hargailah jua isteri anda..(selingan jea)

semakin kita membesar,, semakin kita kurang mendengar kata2 ibu kita kan...memang tidak menghargai pendengaran yang telah Allah ciptakan.kata Dr.Asma Hassan,, pendengaran adalh deria yang pertama sekali yang dapat d gunakan oleh seorang manusia.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberimu pendengaran,penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur."
-An-Nahl ayat 78-

"katakanlah, 'Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati nurani bagi kamu. tetapi sedikit sekali kamu bersyukur'."
-Al-Mulk ayat 23-


Ya Allah, sungguh aku telah banyak kali melukakan hati ibuku,sungguh tidak ak syukuri segala nikmat yang Engkau berikan,sungguh ak telah menzalimi diri ku ini. ampunkanlah dosa ku, dosa kedua ibu bapaku.Ya Rahman,, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi ku pada waktu kecil dahulu.tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu yang sebaik2 tempat kembalinya bagi hamba hambaMu.Ya Allah, sentiasalah ingatkan aku bahawa sungguh ibuku telah mengorban kan dirinya untuk melahirkanku.
baru aku faham apa yang ibu ku katakan "separuh nyawa mak melahirkan kamu"
mungkin boleh sama2 menghayati lagu ni.
or tgk video clip die kat sini.
sama sama lah kita menghargai ibu kita bagi mereka yang masih ada...

wallahu'alam..

Friday, October 16, 2009

Manusia Perosak Masyarakat & Bumi

Alhamdulillah,, sejambak kesyukran dipanjatkan kehadrat yamg Maha Pencipta atas kesempatan yang diberikan untuk ak "share" somehing lagi kat sini..apa yang nak di caatkan di sini adalah apa yang ak perolehi daripada khubah jumaat di masjid kubang kerian pada hari ini. khubah pada kali ini telah bercerita tentang watak2 manusia yang meosakkan masyarakat dan bumi yang tercinta ini.tapi x seme info sempat ku catatkan. namun,, apa yang disampaikan dapat juga menambah pengeahuan dan dapat juga muhasabah diri samada ak tergolong dalam golongan ini atau x!

sesungguhnya,Allah telah mencipta dunia ini dengan sebaiknya dan dengan sempurnanya untuk diduduki oleh makhlukNya dengan aman dan damai.namun terdapat pula segelintir dalam kalangan manusia itu yang berlaku zalim dengan melakukan kerosakan kepada masyarakat mereka sendiri serta kepada bumi yang indah ini. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 204 & 205 yang bermaksud

"...dan diantara manusia ada yang perbicarannya tentang kehidupan dunia mengagumkan engkau (Muhammad) dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya padahal dia adalah penentang yang paling keras. dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di bumi, serta merosakkan tanam tanaman dan ternakan sedang Allah tidak menyukai kerosakan..."

disini diceritakan beberapa watak manusia yang menjadi perosak masyarakat dan bumi ini. semoga kita dapat muhasabah diri kita,, adakah kita mempunyai watak2 yang "extreme" ini.

1. manusia yang malutnya manis berbicara d bibir tetapi racun didalam hati.
manusia seperti ini digelar sebagai munafik atau dalam masyarakat kita digelar sebagai musuh dalam selimut.

2. manusia perosak masyarakat yaitu kumpulan yang suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah mengakui kesalahan diri sendiri.mereka ini lebih gemar mengata, mencaci dan mencela orang/kelompook lain.mereka juga gemar menabur fitnah demi menutup segala kesalahan yang mereka lakukan. jikalau fitnah itu ditebar keatas seorang pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya, jikalau ditabur keatas seorang peniaga, maka jatuhlah perniagannya.jikalau keatas sepasang suami isteri, maka porak perandalah rumah tangga mereka. begitulah watak mereka ini.

3.manusia yang tidak boleh di tegur atau tidak boleh dikritik...mereka ini sentiasa meresa diri mereka sahaja yang benar dan segala kesalahan itu datangnya daripada orang lain.mereka sanggup jadikan sesiapa sahaja sebagai kambing hitam untuk menutuo kesalahan mereka. sungguh mereka ini mampu mencetuskan kehancuran terhadap kedamaian dan ketenteraman yang telah terbina.mereka juga mampu membawa kehancuran terhadap dunia ini.bagaimana? mereka mampu mencetuskan peperangan dan merosakkan bumi ini.

firman Allah didalam surah al-Ahzab ayat 17 yang bermaksud :
"...katakanlah, 'siapakah yang dapat melindungi kamu dari ketentuan Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat keatas dirimu?'. mereka tidak akan mendapat perlindung dan penolong selain Allah..."

wallahu'alam...

Sunday, October 11, 2009

Doa vs Persembahan


. Alhamdulillah,, syukur kpd Allah kerana pd petang ni ak d beri kesempatan tuk menulis something dalam nie...hajat td nak main bola,, tgk2 Allah turunkan hujan pulak,hehe...terbantut hajat ari ni.x kisah laa,,at least Allah bagi ak masa tuk berada d alam maya ni :-) emm,, nk share la something yang terjadi.kerap kali gak terjadi,,tp rsenya kali ni ak mmg btl2 keterlaluan kot.

setiap kali kita merancang sesuatau program,, pasti ada majlis perasmian, penutup,n mcm2 lagi la.pastinya ada bacaan doa "untuk lebih memberkati majlis ini" (ayat MC)huhu... sememangnya amat bagus d mulakan dengan bacaan doa,nak pulak kita mempraktikkan apa yang d ajarkan nabi junjungan besar kita.tetapi,, cuba sama2 kita fikirkan, adakah kita melakukan bacaan doa ini semata2 kerana IBADAT atau ADAT??apa yang dapat d lihat pada hari ini, doa pembuka majlis itu hanyalah sekadar adat semata mata.buktinya?kita boleh lihat d kebanyakan majlis (bukan semua) d mulakan dengan doa, kemudian ucapan dan persembahan n ect... ucapan tu ok lah.kita fokus part "persembahan" ni. pelbagai jenis persembahan d rancang dn diatur. kalau persembahan itu sememangnya tidak melanggar syarak ok jea...tetapi, kalo persembahan merangkumi persembahan "band2" , tarian bercampur lelaki dan perempuan, fesyen show, n bnyk lagi lah.bukan niat nak mengata individu2 tertentu, tetapi nak berkongsi yang mana boleh, n yang mana x boleh.nak berhibur, tidak ada salahnya dalam islam, tetapi perlu mematuhi landasan yang telah d tetapkan. sebagai contoh, boleh klik disini untuk satu penjelasan. doa ini menjadi satu adat apabila yang mengetuai sesuatu program itu diberi kepada mereka yang kurang faham/yang x faham tentang islam.inilah yang perlu d perbetulkan. oleh itu, bagi mereka yang faham, pimpinlah setiap program yang d rancang d sekolah, kolej, universiti atau dimana mana ajelah supaya doa pembuka majlis itu menjadi IBADAT dan bukan lagi menjadi ADAT.

tadi kat atas tulis aku keterlaluan??apa yang aku buat?hmm,, mungkin ak dah buat seseorng marah.ceritanya, apabila aku d minta oleh seorang kawan sekuliah aku untuk membaca doa bagi satu majlis penutup d sini(semalam).ak d beritahu kira2 pada jam 3 kot(kalo x salah). pada mulanya ak menolak,, kemudian disebabkan katanya dah x sempat nak cari orang lain sbb exco nya ramai non muslim,, so ak menjawab "Insya-Allah"...pada petangnya(sebelum maghrib),, ak terlihat ad satu rehearsal kat atas pentas tu,, dan apa yang ak nampak adalah, adanya persembahan (salah satu yang tersenarai di atas tadi). terus hati ini mnjadi serba salah. akhirnya, selepas selesai solat maghrib,ak mengambil keputusan untuk tidak menjadi pembaca doa untuk majlis tersebut. namun, kawan ku tetap berharap supaya ak dapat menjadi pembaca doa juga untuk majlis tersebut...akhirnya, ak menjawab " maaf sangat2 sebab ak ada kerja n takut x sempat nak kesana malam ni"...hmm, mgkn ak telah membuat seseorang marah kepadaku,, tetapi ak hanya tidak mahu menjadi orang yang menjadikan doa itu sebagai adat semata2...

pentingkan diri sendiri ke aku nie???hhhmmmmmm......

wallahu'alam...

Friday, October 9, 2009

Khutbah Jumaat 9/10/2009

Alhamdulillah,, syukur diucapkan kerana mash lagi d beri kesempatan untuk "share" something kat sini...setiap hari jumaat,, umat islam akan berkumpul beramai ramai masjid2 utama untuk menunaikan solat fardhu jumaat.salah satu rukun solat jumaat ini adalah khutbah jumaat.wajib di dengari.so,, kat sini nak share lah skit khutbah d masjid Kubang Kerian pada hari ini.x banyk yang sempat dicatatkan,,sekadar perkongsian untuk kita bersama...
khutbah yng bertajuk "kepentingan merancang kehidupan"
"....kehidupan kita d dunia ini adalah ibarat seperti musafir.justeru kita perlu sntiasa merancang dan memperkemaskan diri untuk menghadapi alam akhirat.setiap saat,,kematian semakin menghampiri diri kita.kepentingan kita merancang kehidupan ini adalah supaya kita tidak mengeluh penuh penyesalan apabila tiba d hari akhirat kelak.didalam Al-Quran banyak diceritakan batapa menyesalnya orang2 yang kafir apabila tibanya d akhirat.sebagai contoh seperti yang tercatat di dalam surah Al-Furqan ayat 27-30 yang bermaksud :

'...dan ingatlah pada hari ketika orang2 zalim menggigit 2 jarinya, menyesali perbuatannya seraya berkata,,"wahai!sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama rasul. wahai celaka aku! sekiranya dulu aku tidak menjadikan sifulan itu teman akrabku. sungguh dia telah menyesatkan aku dari peringatan Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kapadaku.dan syaitan memang pengkhianat manusia". dan Rasul yakni Muhammad berkata " ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan"....'

di dalam ayat ini jelas menunjukkan betapa sesalnya mereka yang kafir itu dan mereka yang mengikut telunjuk mereka yang menyesatkan (syaitan). justeru iti,, kita perlu menjadi muslim yang bejaksan dalam merancang kehidupan kita. apakah ciri2 muslim yang bijaksana ini?
melihat kepada sebuah hadis yang bermaksud,, " orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa menghisab diri dan membuat persediaan awal untuk menghadapi hari akhirat.manakala orang yang bodoh adalah mereka yang tidak menghisab diri dan tidak membuat persediaan untuk menhadapi hari akhirat"

setiap yang bernyawa ini pasti akan menghadapi mati.segala apa yang diperolehi d dunia ini pasti akan ditinggalkan melainkan 3 perkara yang akan terus bersamanya.
1. sedekah jariah di jalan Allah.
- perlu difahami bahawa sedekah d jalan Allah ini bukanlah sekadar untuk berperang tetapi
termasuk juga zakat fitrah(sedekah wajib), derma2, memberi nafkah kepada tanggungan dan
sebagainya.
2. ilmu yang bermanfaat.
3. doa anak2 yang soleh @ solehah.
- sesungguhnya tidak ada perkara yang paling menggembirakan seseorang yang berada
didalam kubur yang gelap gelita melainkan apabila doa dari kaum keluarganya sampai
kepadanya.

justeru itu,, marilah kita bersama memburu kehidupan akhirat yang abadi dengan membawa bekalan yang sebaiknya. merancang kehidupan sebaiknya dan jadilah orang yang bijaksana"

wallahu'alam....




Tuesday, October 6, 2009

Waktu Gempa Dan Bencana Telah Diatur Allah S.W.T


Alhamdulillah,,seinfiniti kesyukuran ku panjat ke hadrat Allah s.w.t kerana memberiku kesempatan untuk menulis lagi kali ini didalam kesibukan mmbaca lecture note yng bertimbun ;-).
syukur juga kerana negara kita masih lagi aman dan selamat dari sebarang bencana alam...jadi d sini saya nak berkongsi serba sedikit mengenai bencana alam yang berlaku baru2 ini d padang,, indonesia.waktu berlakunya peristiwa tersebut seperti telah tercatat d dalam Al-Quran tetapi ianya adalah terselindung..blh la rujuk blog d bawah ni tuk baca labih lanjut..

klik d sini

semoga segala apa yng telah berlaku dapat menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba yang beriman dan bertaqwa..simpanlah taqwa dengan sebaiknya untuk d bawa pulang bertemu Al-Khaliq kelak...
''...berbekallah,sesungguhnya sebaik baik bekalan adalah taqwa..." al-baqarah:197
wallahu'alam...

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)