" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Friday, October 16, 2009

Manusia Perosak Masyarakat & Bumi

Alhamdulillah,, sejambak kesyukran dipanjatkan kehadrat yamg Maha Pencipta atas kesempatan yang diberikan untuk ak "share" somehing lagi kat sini..apa yang nak di caatkan di sini adalah apa yang ak perolehi daripada khubah jumaat di masjid kubang kerian pada hari ini. khubah pada kali ini telah bercerita tentang watak2 manusia yang meosakkan masyarakat dan bumi yang tercinta ini.tapi x seme info sempat ku catatkan. namun,, apa yang disampaikan dapat juga menambah pengeahuan dan dapat juga muhasabah diri samada ak tergolong dalam golongan ini atau x!

sesungguhnya,Allah telah mencipta dunia ini dengan sebaiknya dan dengan sempurnanya untuk diduduki oleh makhlukNya dengan aman dan damai.namun terdapat pula segelintir dalam kalangan manusia itu yang berlaku zalim dengan melakukan kerosakan kepada masyarakat mereka sendiri serta kepada bumi yang indah ini. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 204 & 205 yang bermaksud

"...dan diantara manusia ada yang perbicarannya tentang kehidupan dunia mengagumkan engkau (Muhammad) dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya padahal dia adalah penentang yang paling keras. dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di bumi, serta merosakkan tanam tanaman dan ternakan sedang Allah tidak menyukai kerosakan..."

disini diceritakan beberapa watak manusia yang menjadi perosak masyarakat dan bumi ini. semoga kita dapat muhasabah diri kita,, adakah kita mempunyai watak2 yang "extreme" ini.

1. manusia yang malutnya manis berbicara d bibir tetapi racun didalam hati.
manusia seperti ini digelar sebagai munafik atau dalam masyarakat kita digelar sebagai musuh dalam selimut.

2. manusia perosak masyarakat yaitu kumpulan yang suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah mengakui kesalahan diri sendiri.mereka ini lebih gemar mengata, mencaci dan mencela orang/kelompook lain.mereka juga gemar menabur fitnah demi menutup segala kesalahan yang mereka lakukan. jikalau fitnah itu ditebar keatas seorang pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya, jikalau ditabur keatas seorang peniaga, maka jatuhlah perniagannya.jikalau keatas sepasang suami isteri, maka porak perandalah rumah tangga mereka. begitulah watak mereka ini.

3.manusia yang tidak boleh di tegur atau tidak boleh dikritik...mereka ini sentiasa meresa diri mereka sahaja yang benar dan segala kesalahan itu datangnya daripada orang lain.mereka sanggup jadikan sesiapa sahaja sebagai kambing hitam untuk menutuo kesalahan mereka. sungguh mereka ini mampu mencetuskan kehancuran terhadap kedamaian dan ketenteraman yang telah terbina.mereka juga mampu membawa kehancuran terhadap dunia ini.bagaimana? mereka mampu mencetuskan peperangan dan merosakkan bumi ini.

firman Allah didalam surah al-Ahzab ayat 17 yang bermaksud :
"...katakanlah, 'siapakah yang dapat melindungi kamu dari ketentuan Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat keatas dirimu?'. mereka tidak akan mendapat perlindung dan penolong selain Allah..."

wallahu'alam...

3 comments:

CahayaBulan said...

salam...moga2 kte dijauhkan dr mnjd perosak alam ini..dan dijauhkn dr mnjdi manusia spt 3 cri tu....biar pun kekdg kte merasakan dri kte sntiase btol...namun yg pasti ...mnsia x pnh perfect n pasti ad slhnye..perfection is only belong to HIM....

Hainur Eisha said...

Salam..
Hmm.. sy t'tarik dgn jenis org yg ke-3 ni..
coz, zaman skunk ni, byk org cm tu.. dan tanpa kita sedar, org tu adalah kenalan rapat kita sndiri..
cm ne kita nk jauhkan diri dr mereka?
cm ne kita nk knal mereka2 ni?
hopefully, kita semua akan diselamatkn dr pengaruh dan ancaman org2 ini..
sekian.. wassalam..
Love Peace.. no war

zainal's site said...

x perlu jauhkan diri dr mereka. rapatkan lagi hubungan dan cuba ubah mereka tu. macam mana??
dengan akhlak kita dan selitkan dengan tutur2 kata nasihat...

macam mne nak kenal?
sudah pasti dengan akhlak atau identiti mereka itu sndiri. blh tgk apabila seseorang itu suka bertegas dengan pendapat sendiri dan suka menolak pendapat orang lain 100 %.
apabila kita mengkritik pendapat mereka,, maka melenting lah mereka..
wallahu'alam...

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)