" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Saturday, October 24, 2009

IBU oh IBU


. Alhamdulillah,, sejambak kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah,, tuhan pentadbir sekalian alam. Maha suci Allah yang telah mencipta segalanya dengan penuh kesempurnaaan. sesempurna ciptaanNya adalah penciptaan manusia yang d cipta sebagai khalifah d muka bumi ini. namun semakin hari,, semakin manusia melakukan kerosakan dan kehancuran terhadap bumi yang indah ini.pernah kah kita terfikir,, bagaimana kita d lahirkan ke dunia ini? Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memilih ku untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan ini.sangat beruntung ku rasakan kerana bermacam ciptaanMu yang dapat ku hargai dan kagumi. memang tidak ku sangka begitu "rigid" dan detail nya manusia d ciptakan.dari sel yang begitu kecil dan halus,,sehingga terciptanya manusia dengan sistem tubuh yang complex,,Ya Allah sungguh Kau memang berkuasa atas segala sesuatu.

tetapi,, bukan tentang proses kejadian manusia yang nak aku kongsikan kali ni, tetapi aku nak share pengalaman yang membuatkan aku semakin menghargai harga pengorbanan seorang wanita yang bergelar IBU.kini baru aku betul3 sedar bahawa sememangnya seorang anak tidak mempunyai hak sama sekali untuk membantah @ melawan @ apa2 yang d katakan oleh ibunya ( yang tidak bertentangan dengan syariat). kenapa kau katakan sedemikian?

pernah x kita bayangkan bagaimana seksanya seorang ibu melahirkan anaknya?? sebelum ini memang ak x pernah dapat gambaran yang sebenar.tetapi,,hari khamis yang lepas,aku dapat melihat sendiri bagaimana peritnya melahirkan anak. Tima kasih kat abg ujai yang bawa ak masuk wad O&G @ wad bersalin.aku bersyukur kerana mendapat peluang untuk melihat sendiri depan mata kesakitan itu.walaupun dah 2 hari berlalu,, namun ak masih dapat rasakan lagi kesakitan itu. apabila terbayang wajah yang penuh kesakitan tu,, terketar lutut ni. takut jugak mse mula2 ak melihat kepala bayi yang dah nak keluar tu,, sampai nak terpitam jugak =). tapi,,itulah yang dikatakan begitu susahnya melahirkan anak.kita yang lelaki ini sudah pasti tidak akan merasai, namun hargailah pengorbanan ibu kita. dan bagi yang sudah @ akan berkahwin,, hargailah jua isteri anda..(selingan jea)

semakin kita membesar,, semakin kita kurang mendengar kata2 ibu kita kan...memang tidak menghargai pendengaran yang telah Allah ciptakan.kata Dr.Asma Hassan,, pendengaran adalh deria yang pertama sekali yang dapat d gunakan oleh seorang manusia.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberimu pendengaran,penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur."
-An-Nahl ayat 78-

"katakanlah, 'Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati nurani bagi kamu. tetapi sedikit sekali kamu bersyukur'."
-Al-Mulk ayat 23-


Ya Allah, sungguh aku telah banyak kali melukakan hati ibuku,sungguh tidak ak syukuri segala nikmat yang Engkau berikan,sungguh ak telah menzalimi diri ku ini. ampunkanlah dosa ku, dosa kedua ibu bapaku.Ya Rahman,, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi ku pada waktu kecil dahulu.tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu yang sebaik2 tempat kembalinya bagi hamba hambaMu.Ya Allah, sentiasalah ingatkan aku bahawa sungguh ibuku telah mengorban kan dirinya untuk melahirkanku.
baru aku faham apa yang ibu ku katakan "separuh nyawa mak melahirkan kamu"
mungkin boleh sama2 menghayati lagu ni.
or tgk video clip die kat sini.
sama sama lah kita menghargai ibu kita bagi mereka yang masih ada...

wallahu'alam..

2 comments:

CahayaBulan said...

salam...huhu..hmm, tu la..klu kte yg tgok ni pun da rase takut, da rase gerun...inikn pulak org yg menanggungnya..sbb tu darjat seorg ibu ni tggi dlm Islam..& kematian saat melahirkn dikira syahid kecil..sbb bkn senang utk melahirkan seorg insan..

eBaL said...

syurga di bawah tapak kaki ibu......

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)