" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Thursday, November 19, 2009

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali r.a


wahai Ali, bagi orang yang 'alim itu ada 3 tanda tandanya,
1. jujur dalam berkata kata
2. menjauhi segala yang haram
3. merendahkan diri.

wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda tandanya,
1. merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpa dirinya

wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda tandanya,
1. takut berlaku dusta dan keji
2. menjauhi kejahatan
3. memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda tandanya,
1. mengawasi dirinya
2. menghisab dirinya
3. memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Tuesday, November 17, 2009

Israel mahu rampas lebih banyak tanah!!!

petikan utusan malaysia 17 november 2009.

BAITULMAQDIS 16 Nov. - Seorang menteri Kabinet Israel hari ini menyuarakan kemungkinan rejim Yahudi itu merampas lebih banyak kawasan di Tebing Barat jika Palestin mengisytiharkan kemerdekaan tanpa memeterai perjanjian damai.

Menteri Alam Sekitar, Gilad Erdan yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, jika pihak Palestin mengambil tindakan unilateral, Israel juga perlu menimbangkan untuk meluluskan rang undang-undang bagi merampas kawasan di Tebing Barat.

Pegawai Palestin semalam berkata, pihak Palestin merancang untuk meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kemerdekaan sebuah negara Palestin yang terletak di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Mereka tidak pula menyatakan bila akan mengemukakan permintaan itu kepada Majlis Keselamatan.

Langkah itu diambil berikutan kekecewaan Palestin dengan ketiadaan kemajuan dalam rundingan damai yang sudah tergendala selama setahun.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah berkata, rundingan damai tidak boleh disambung semula sehingga Israel menghentikan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi.

Kenyataan Palestin mengenai kemungkinan untuk mengambil langkah unilateral itu mendapat reaksi daripada Netanyahu yang berkata, hanya rundingan damai dengan Israel akan memastikan kemerdekaan sebuah negara Palestin.

"Tidak ada alternatif selain rundingan antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin dan sebarang pendekatan unilateral hanya akan menyebabkan kerangka perjanjian antara kita terungkai dan mendorong langkah unilateral daripada pihak Israel," kata Perdana Menteri itu.

Pegawai Palestin menjelaskan, inisiatif diplomatik yang mereka rancang itu bukan bertujuan untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral.

Matlamatnya untuk mendapatkan sokongan rasmi antarabangsa terhadap negara merdeka yang hendak ditubuhkan oleh Palestin, kata pegawai. - Reuters

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

beginilah degilnya kaum yahudi.bermula sejak zaman nabi Musa diutuskan hingga ke hari kiamat.tetap degil dan suka mencuri hak orang lain.knp mahu buat perjanjian damai sblm isytihar kemerdekaan palastin??kerana muslihat seterusnya mahu dijalankan.ap muslihatnya??saksikanlah kekejaman yang bakal berlaku lagi di palastin.kekejaman yahudi laknatullah.kita mohon kpd Allah semoga warga palastin d sana terus d beri kekuatan untuk teruuusss berjihad mempertahankan kedaulatan palastin.mga kita juga sentiasa d bawah rahmat Allah s.w.t.


wallhu'alam....

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)