" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Thursday, December 24, 2009




“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya


semoga bermanfaat. wallahu'alam.


Petikan dari email voice of islam...

Friday, December 11, 2009

Ada Apa Dengan Jumaat???

alhamdulillah,,syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan untuk bertemu lagi d alam cyber ini. syukur juga kerana sehingga hari ini kita masih lagi d beri 2 nikamat yang paling besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam..tanpa 2 nikmat ini,, tiadalah bereri kehidupan kita d dunia yang fana ini..suka untuk sya sama2 memperingai diri saya dan sahabat yang lain,marilah sama2 kia meningkatkan amalan dan ketaqwaan kpd Allah kerana sesungguhnya,, sebaik2 bekalan d hari akhirat ialah TAQWA..

setiap hari jumaat,, maka berduyun duyunlah kaum mislimin bergegas ke masjid bagi menunaikan sola fardhu jumaat. salah satu rukun sola fardhu jumaat ialah 2 khubah sblm menunaikan solat jumaat.khutbah inilah sebagai salah satu aset atau agen yang boleh d gunakan dalam memberi peringatan dan nasihat2 tertentu,, namun malangnya, tidak ramai yang memberi tumpuan terhadap khatib yang memberi khutbah tersebut.tapi ada pula masalah lain yang mana khutbah yang d sampaikan tidak membawa masej yang mampu meningkatkan keaqwaan. teringat ketika saya form 2 dahulu,, timbul 1 isu apabila khutbah yang d berikan berajuk "kepentingan susu ibu". ramai yang pertikaikan mengapa d beri khutbah bertajuk sebegitu yang kurang memberi impak terhadap pembinaan taqwa kepada Allah s.w.t. mungkin tajuk sebegitu sesuai d sampaikan kepada muslimat, tetapi muslimat tidak d wajibkan solat jumaat...

Alhamdulillah hari ini khutbah yang di sampaikan mampu memberi peringatan kapada yang mendengar..jadi ingin saya kongsikan serba sedikit point yang sempat d catatkan untuk tatapan bersama...

sesungguhnya masjid ialah wilayah yang terhormat d dunia ini. oleh itu hendaklah kita memelihara dan mengekalkan kesuciannya serta memakmurkan dengan mengerjakan ibadah dan menjaga kebersihannya..
Firman Allah s.w.t "Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." - At-Taubah 18-
ayat Allah ini jelas menunjukkan sesungguhnya orang2 yang terpilih sahaja yang akan memakmurkan masjid Allah.
1. beriman kepada Allah dan Hari kemudian
2. tetap mendirikan shalat
3. menunaikan zakat
4. tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah

sabda nabi yang bermaksud " jikalau kamu melihat seseorang yang berulang alik ke masjid, mka bersaksilah bahawa sesungguhnya dia alah seorang yang beriman."
di dalam sabda nabi yang lain, " sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina mahligai buatnya di dalam syurga."
membina yang di maksudkan ialah samada memberi sumbangan dalam pembinannya dalam bentuk wang ringgit atau dalam bentuk tenaga fizikal.
kebelakangan ini kita dapat melihat banyaknya masjid2 yang d bina dengan cantinya tetapi tidak ada yang memakmurkannya.ini kerana pembinaannya hanyalah kerana untuk bermegah2..
kita d tuntut untuk menjaga kebersihan masjid. sabda nabi yang bermaksud, " aku d perlihatkan amalan umatku yang baik dan yang buruk, dan ketahuilah antara amalan yang baik itu ialah membuang sampah dari jalan dan antara amalan yang buruk adalah membuang kahak (meludah) di dalam masjid.
suatu kaika dahulu, terdapat seorang wania yang selalu mengutip sampah d sekitar masjid nabi, apabila wanita ersebut meninggal, berita itu d sampaikan kepada rasulullah, lalu rasulullah bertanya di manakah kubur wanita ersebut? lalu d beritahu kemudian rasulullah pergi ke kubur wanita tersebut dam sembahyangkannya...itulah antara kemulian menjaga kebersihan dan kesucian masjid.

itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan. mudah mudahan dapat memberikan suntikan baru kepada kita untuk terus memakmurkan masjid2 Allah,, x kira samada di dalam kampus mahupun d luar kampus.moga bermanfaat buat semua.

wallahu'alam..

p/s : mungkin ada huruf T yang tertinggal sebab keyboard T x bape molek :-)









Wednesday, December 9, 2009

Damba Kasih

Alhamdulillah,,syukur kpd Allah s.w.t kerana masih lg d beri 2 nikmat yang paling besar,,iaitu nikmat iman dan nikmat islam.syukur juga kerana sekian lama x update blog ni ni dgn kata2 hatiku ini.banyak cabaran yang d hadapi sepanjang 3,4 minggu yang lepas terutama exam selanjar 2...Alhamdulillah krn msh lagi d beri kesempatan utk menyambut 'eiduladha yang lepas.ak rasakan 'eiduladha baru2 ni kurang meriah skit compare 2 'eidulfitri yang lepas..=)x g tengok orng squrban je sebenarnya...;-)
emm,, bukan tu yang ak nk celotehkan kali,, tetapi ingin berkongsi sedikit perkongsian hati yang ak rasai sejak sekian lama...

nak cerita banyak2 pasal hati ni bahaye skit,,tapi mungkin lirik lagu Damba Kasih nyanyian kumpulan InTeam ni blh membantu ku..sememamngnya benar sje apa yang tercoret dalam lirik ni.jom tengok skit =)



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


emm,,ni lah yang ak rasakan...semakin ak cuba menghampiri Dia, smkn ak di tolak ketepi.ak teringt semamsa mula2 ak cuba nak tingkatkan iman diri,, kemanisan setiap ibadah yang d lakukan dapat d rasai,, kurangnya ujian yang melanda.dapt ku rasakan diri ini sntiasa d terima...namun di akhir2 ini,, ujian dan musibah yang melanda bertambah2,, dn seolah olah ak semakin lalai drpd Dia..


Ya Allah

yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

hamba Mu yang hina ini

tunduk menyerah diri kapada Mu

hanya kepada Mu kami sembah

dan hanya kepada Mu kami meminta

kiranya musibah yang menimpa

semata2 untuk menguji keimanan

maka ku terima dengan penuh redha

namun janganlah Kau biarkan hamba Mu ini

menempuh ujian

tanpa pedoman dan bimbingan daripada Mu

tunjukilah jalanMu yang lurus

kearah kehidupan

yang penuh dengan keredhaanMu

Kau kuatkanlah semangatku

untuk mengharungi ujian yang Kau berikan

tabahkanlah jua hati kecil ini

teguhkanlah pendirian dan akidahku

terhadap agama yang Kau redhai ini


MAKA BENARLAH FIRMANMU,,


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al - Ankabut ayat 2)


wallahu'alam.....


Sunday, December 6, 2009

Petikan berita utusan malaysia 6/12/2009

Pelaksanaan syariah di Aceh

Pada 1 Disember lalu, beberapa wanita yang sedang bersiar-siar di Banda Aceh ditahan oleh pegawai penguatkuasa Pemerintah Daerah.

Mereka terkejut dengan penahanan itu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan.

Namun segalanya terjawab apabila di pinggir jalan mereka diberi 'kuliah' mengenai peraturan pakaian mengikut Islam bersesuaian dengan pelaksanaan Peraturan Daerah atau Kanun mengenai syariat Islam.

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh selepas ini bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia akan dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.

Wilayah contoh

Ternyata sekali, Aceh bakal menjadi wilayah contoh bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh rantau Asia Tenggara apabila undang-undang itu dilaksanakan secara tegas.

Sebelum ini, ramai tokoh agama dalam ceramah-ceramah mereka mengaitkan kejadian tsunami yang berlaku di wilayah itu pada 2004 adalah akibat daripada kealpaan pemerintah Aceh menguatkuasa undang-undang syariah. Ketika itu mereka menganggap, bencana yang berlaku adalah pembalasan daripada Allah SWT.

Sememangnya pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh turut menarik perhatian kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Ia terbukti apabila Timbalan Dutanya ke Indonesia, Ted Osius dalam pertemuan dengan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Hashim Muzadi bertanyakan mengenai hukuman merejam yang terdapat dalam undang-undang syariah bagi kesalahan zina.

Menurut Osius, sebagai sebuah organisasi Islam terbesar di dunia, NU mempertahankan citra Indonesia sebagai negara Islam sederhana.

Menjawab kebimbangan Osius itu, Hashim berkata, ajaran syariah Islam diperkenalkan sebagai kewajipan kepada individu sedangkan sebagai warga negara, mereka wajib mematuhi undang-undang yang ada

Demikianlah antara reaksi yang diberikan apabila Aceh ingin melaksanakan undang-undang syariah. Tetapi sama ada suka atau tidak pemerintah daerah Aceh akan tetap memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan sama ada ia akan dibantah atau tidak.

Pemerintah Aceh tidak mahu, wilayah itu hanya bercakap sahaja melaksanakan syariah Islam tetapi dari segi tindakan ia boleh disifatkan satu retorik.

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)