" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Monday, September 14, 2009

ISLAM SEMAKIN DI TINDAS???

Petikan akhbar berita harian - isnin 14 september 2009.

Protes anti-Islam makin menjadi-jadi


SEORANG lelaki membawa sepanduk membantah pembinaan masjid dalam protes EDL di tengah Britain.

Britain risau keganasan sudah gegar Birmingham, London

LONDON: Kerajaan Britain menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang meletus antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan kumpulan Muslim yang semakin kerap berlaku di beberapa kota besar negara itu.

Malah, Menteri Masyarakat, John Denham, menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja cuba menimbulkan kekacauan.


Dalam temu ramah dengan akhbar The Guardian, menteri itu dipetik sebagai berkata: "Taktik cuba menghasut agar berlaku tindakan balas dengan tujuan untuk mewujudkan keganasan lebih besar serta kekacauan sudah lama menjadi amalan kumpulan ekstremis dan berhaluan kanan."


Beliau merujuk kepada keganasan di Luton, Birmingham dan London sejak beberapa bulan lalu membabitkan kumpulan berhaluan kanan, termasuk Liga Pertahan Inggeris (EDL) dengan belia Muslim.

Denham bimbang, ia mengulangi keganasan pada 1936 selepas pemimpin fasis Britain, Oswald Mosley, mengetuai perarakan di kawasan padat penduduk Yahudi di East End, London.

Tetapi EDL menolak anggapan ia dipengaruhi fahaman fasis dan menegaskan ia hanya menentang militan Islam.


Dalam laman webnya, kumpulan itu mendakwa keganasan tercetus kerana hasutan kumpulan Muslim dan puak berhaluan kiri.

Namun, jurucakap Majlis Muslim Britain (MCB), Inayat Bunglawala menyifatkan misi sebenar EDL bersifat anti-Muslim dan soal militan Islam hanya alasan.

"Mereka tidak menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah MCB, kumpulan payung bagi pertubuhan Muslim Britain, menyaksikan kejadian anti-Muslim yang semakin menjadi-jadi � termasuk serangan ke atas masjid dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Media di Britain melaporkan, EDL berasal dari Luton, bandar pelbagai etnik di utara London, yang menyaksikan tunjuk perasaan Muslim terhadap askar Britain yang kembali dari Iraq, Mac lalu.

Sekumpulan penduduk Muslim berjanggut berpiket ketika sambutan balik tentera berkenaan dan menaikkan sepanduk menuduh mereka 'penyembelih' dan 'pembunuh bayi'.

Ketegangan meningkat Mei lalu apabila demonstrasi kumpulan berhaluan kanan menggelarkan diri mereka 'Rakyat Bersatu Luton' menyebabkan premis perniagaan Asia Selatan diserang dan kereta mereka dipecahkan.

Bulan lalu, pengganti kumpulan berkenaan, EDL, cuba menganjurkan bantahan di Birmingham, apabila mereka bergaduh dengan penunjuk perasaan antifasis. � AP

Thursday, September 10, 2009

Ya Allah, dh nk exam.....

alhamdulillah, syukur ku ucapkan kepada-Mu ya Allah...pejam celik, pejam celik, dh 3 bulan ak bergelar mahasiswa...pantasnya kurasakan masa yng berlalu.tau2, hari selasa minggu depan dh nk exam selanjar yng pertama.hmm...



nota yang ku perolehi sepanjang 3 bulan belajar.bnyk nyeeee!!!!
banyak tu belajar,,exam 3 jam aje,huhu...sungguh menguji kekuatan iman. aku ingt lagi, dulu banyak orang cakap, blaja kat matrik lah paling laju skali,,sbb 2 tahun punya pelajaran d pack kan dalam setahun..hmm, bila pk2 balik, 3 bulan punya nota kat sini sama tebal dengan nota matrik satu sem,;-) x percaya???percayalah....




haha...ni lah tebalnya...baru nota, blm buku2 rujukan, atlas n banyak lagi lah...tapi inilah yang dikatakan mujahadah dalam menuntut ilmu untuk mencari redha Allah.

"Ya Allah,Kau terangilah hati ini dengan cahaya hidayah-Mu, permudahkanlah segala urusan kami,,samada urusan duniawi mahupun urusan ukhrawi. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik beradik kami, dosa guru2 kami,dosa sahabat2 kami dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.Ya Allah, Kau tambahkanlah kami ilmu yang bermanfaat, kurniakanlah kami minda yang cerdas akal yng waras.permudahkanlah kami untuk mengingati apa yang kami pelajari dan permudahkanlah kami untuk meluahkannya kembali ketika tibanya hari peperiksaan kelak.Ya Allah, jadikanlah kami pelajar2 muslim yang sentiasa berada di hadapan di dalam senarai pelajar2 yang cemerlang.perkukuhkanlah ikatan ukhwah antara kami dan jadikanlah ikatan yang ukhwah yang dibina ini atas dasar iman kepada-Mu Ya Allah.Ya Allah, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kami memohon agar Kau mengampuni dosa kedua ibu bapa kami,dosa2 kami dan Kau temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yng akan datang.perkenankanlah permintaan kami...amin ya Rabbal'alamin.."

Sunday, September 6, 2009

Mohon Keampunan


"uwais, ibu mahu pergi mengerjakan haji"
itulah satu permintaan seorng terhadap seorng anak..siapa itu uwais??
seorng tabi'in yng hidup ketika zaman rasulullah tetapi tidak berkesempatan bertemu dengan baginda kerana hidupnya semata mata menjaga ibunya yng lumpuh.hidup uwais sngt susah dn dirinya sendiri menghidapi penyakit sopak yng menybabkan dia tidak mempunyai kawan.suatu hari, ibunya meminta untuk mengerjakan haji.uwais yng tidak mempunyai wang berasa tidak mampu untuk menunaikan permintaan ibunya itu kerana dia tidak mempunyai wang untuk mencari pengangkutan untuk ibunya.

macam mane agaknya kalo ak berada di dalam situasi uwais??mampu ke??persoalan yng tiada jawapan...

lalu dengan izin Allah, uwais mendapat satu ilham. uwais pergi membeli seekor anak lembu yang baru lahir. kenapa pulak uwais beli lembu?? sepatutnya dia kena lah simpan duit untuk ibu dia kn?? itu adalah fikiran yang singkat. selepas membali anak lembu tu, setiap hari dia akan mengangkat@mengendong anak lembu tu keatas sebuah bukit untuk meragut rumput.tindakannya itu menyebabkan masyarakat sekeliling memanggilnya uwais 'gila'... gilakah uwais??? agak2?

disinilah kita nak melihat pengorbanan seorng anak yang soleh.secara fizikalnya, apa yng berlaku bila anak lembu tu diberi makan setiap hari??pastinya akan membesar dan berat badannya akan bertambah kan. apa pulak berlaku pada uwais?? sebenarnya, tujuan uwais mengangkat anak lembu tu keatas bukit adalah untuk dirinya membuat persiapan untuk memenuhi hasrat ibunya yng ingin mengerjakan haji.setelah melakukan "exercise" mengangkat lembu setiap hari, uwais menjadi semakin gagah dan kuat.macam mane dia nak tunaikan hasrat ibunya??dia still x de duit kn...

disini kita nak lihat, duit bukanlah segalanya.

sambung cerita...uwais berjaya menunaikan impian ibunya untuk mengerjakan haji. tanpa pengangkutan, uwais mengendong ibunya pergi ke baitullah hasil kekuatan yng di perolehi daripada latihan mengendong lembu.(kalo x salah selama 10 bulan)setelah sampai, ada perkara yng lebih menarik.ibunya melihat uwais tidak henti2 berdoa.setelah selesai mengerjakan haji, mereka pun pulang semula ke rumah dengan cara yng sama.sampai di rumah, ibu uwais bertanya, apa yang kamu doa ketika mengerjakan haji tempoh hari?

kalo kita,, apa yng kita doa agak2nya ek?? pass exam??hidup mewah?? wallahu'alam.

jawab uwais,, saya hanya berdoa supaya Allah sentiasa mengampunkan dosa ibu. tiba2 ibunya marah, kenapa kamu tidak berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit sopak kamu? ibunya menambah, sekarang ibu mahu kamu berdoa supaya Allah menyembuhkn penyakit kamu itu!! uwais mula merasa serba salah.dia berkata2, jikalau Allah menyembuhkan penyakit ini, aku khuatir yng aku akan lupa kepada Allah. tetapi aku harus patuh kepada perintah ibu...dengan izin Allah, dia mendapat ilham dan berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit dia tetapi tinggalkan sedikit sedikit sahaja supaya aku sentiasa ingt kepada-Mu ya Allah..dengan izin Allah, maka makbullah doa yang di pinta oleh uwais.

begitulah kisah uwais yang soleh mendoakan dn membantu ibunya...
mohonlah keampunan..

firman Allah s.w.t,
" dan bersegeralah kamu kepada keampunan tuhan-Mudan mendapatkan syurga yng luasnya seluas langit dan bumi dan di sediakan bagi orng2 yang bertakwa" - 2:133.

saidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah,,"ya Rasulullah, jikalau ak bertemu dengan malam lailatul qadar, apa yang patut ak pinta?" kemudian Rasulullah bersabda, "doalah allahumma innaka'afuwunkarim, tuhibbul'afwafa'fu'anna"

satu persoalan,, knp mereka yang sudah di jamin syurga pn diajarkan oleh Rasulullah supaya sntiasa memohon keampunan??

Saidatina Aisyah r.a juga pernah bertanya kpd Rasulullah "ya Rasulullah, kenapakah engkau penat2 melakukan solat malam dn sntiasa memohon keampuanan dari Allah sehingga bengkak kakimu?? bukankan engkau telah di jamin maksum dn di jamin akan syurga??" kemudian Rasulullah menjawab, " salahkah aku menjadi seorng hamba yang bersyukur?"

sungguh ringkas jawapan yang diberikan. oleh itu, jikalau Rasulullah yang maksum juga memohon keampunan dari Allah, apatah lagi kita yang sentiasa melakukan dosa ni?? mendapatkan keampunan Allah itu adalah segala galanya. dengan keampuanan, hidup dalam redha, segala galanya kita perolehi, insyaAllah... semoga yang menulis sntiasa memahat di dalam hati perkara yang di tulis, moga yng membaca sntiasa di bawah rahmat dan hidayah Nya.

wallahu'alam...
" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)