" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Sunday, September 6, 2009

Mohon Keampunan


"uwais, ibu mahu pergi mengerjakan haji"
itulah satu permintaan seorng terhadap seorng anak..siapa itu uwais??
seorng tabi'in yng hidup ketika zaman rasulullah tetapi tidak berkesempatan bertemu dengan baginda kerana hidupnya semata mata menjaga ibunya yng lumpuh.hidup uwais sngt susah dn dirinya sendiri menghidapi penyakit sopak yng menybabkan dia tidak mempunyai kawan.suatu hari, ibunya meminta untuk mengerjakan haji.uwais yng tidak mempunyai wang berasa tidak mampu untuk menunaikan permintaan ibunya itu kerana dia tidak mempunyai wang untuk mencari pengangkutan untuk ibunya.

macam mane agaknya kalo ak berada di dalam situasi uwais??mampu ke??persoalan yng tiada jawapan...

lalu dengan izin Allah, uwais mendapat satu ilham. uwais pergi membeli seekor anak lembu yang baru lahir. kenapa pulak uwais beli lembu?? sepatutnya dia kena lah simpan duit untuk ibu dia kn?? itu adalah fikiran yang singkat. selepas membali anak lembu tu, setiap hari dia akan mengangkat@mengendong anak lembu tu keatas sebuah bukit untuk meragut rumput.tindakannya itu menyebabkan masyarakat sekeliling memanggilnya uwais 'gila'... gilakah uwais??? agak2?

disinilah kita nak melihat pengorbanan seorng anak yang soleh.secara fizikalnya, apa yng berlaku bila anak lembu tu diberi makan setiap hari??pastinya akan membesar dan berat badannya akan bertambah kan. apa pulak berlaku pada uwais?? sebenarnya, tujuan uwais mengangkat anak lembu tu keatas bukit adalah untuk dirinya membuat persiapan untuk memenuhi hasrat ibunya yng ingin mengerjakan haji.setelah melakukan "exercise" mengangkat lembu setiap hari, uwais menjadi semakin gagah dan kuat.macam mane dia nak tunaikan hasrat ibunya??dia still x de duit kn...

disini kita nak lihat, duit bukanlah segalanya.

sambung cerita...uwais berjaya menunaikan impian ibunya untuk mengerjakan haji. tanpa pengangkutan, uwais mengendong ibunya pergi ke baitullah hasil kekuatan yng di perolehi daripada latihan mengendong lembu.(kalo x salah selama 10 bulan)setelah sampai, ada perkara yng lebih menarik.ibunya melihat uwais tidak henti2 berdoa.setelah selesai mengerjakan haji, mereka pun pulang semula ke rumah dengan cara yng sama.sampai di rumah, ibu uwais bertanya, apa yang kamu doa ketika mengerjakan haji tempoh hari?

kalo kita,, apa yng kita doa agak2nya ek?? pass exam??hidup mewah?? wallahu'alam.

jawab uwais,, saya hanya berdoa supaya Allah sentiasa mengampunkan dosa ibu. tiba2 ibunya marah, kenapa kamu tidak berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit sopak kamu? ibunya menambah, sekarang ibu mahu kamu berdoa supaya Allah menyembuhkn penyakit kamu itu!! uwais mula merasa serba salah.dia berkata2, jikalau Allah menyembuhkan penyakit ini, aku khuatir yng aku akan lupa kepada Allah. tetapi aku harus patuh kepada perintah ibu...dengan izin Allah, dia mendapat ilham dan berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit dia tetapi tinggalkan sedikit sedikit sahaja supaya aku sentiasa ingt kepada-Mu ya Allah..dengan izin Allah, maka makbullah doa yang di pinta oleh uwais.

begitulah kisah uwais yang soleh mendoakan dn membantu ibunya...
mohonlah keampunan..

firman Allah s.w.t,
" dan bersegeralah kamu kepada keampunan tuhan-Mudan mendapatkan syurga yng luasnya seluas langit dan bumi dan di sediakan bagi orng2 yang bertakwa" - 2:133.

saidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah,,"ya Rasulullah, jikalau ak bertemu dengan malam lailatul qadar, apa yang patut ak pinta?" kemudian Rasulullah bersabda, "doalah allahumma innaka'afuwunkarim, tuhibbul'afwafa'fu'anna"

satu persoalan,, knp mereka yang sudah di jamin syurga pn diajarkan oleh Rasulullah supaya sntiasa memohon keampunan??

Saidatina Aisyah r.a juga pernah bertanya kpd Rasulullah "ya Rasulullah, kenapakah engkau penat2 melakukan solat malam dn sntiasa memohon keampuanan dari Allah sehingga bengkak kakimu?? bukankan engkau telah di jamin maksum dn di jamin akan syurga??" kemudian Rasulullah menjawab, " salahkah aku menjadi seorng hamba yang bersyukur?"

sungguh ringkas jawapan yang diberikan. oleh itu, jikalau Rasulullah yang maksum juga memohon keampunan dari Allah, apatah lagi kita yang sentiasa melakukan dosa ni?? mendapatkan keampunan Allah itu adalah segala galanya. dengan keampuanan, hidup dalam redha, segala galanya kita perolehi, insyaAllah... semoga yang menulis sntiasa memahat di dalam hati perkara yang di tulis, moga yng membaca sntiasa di bawah rahmat dan hidayah Nya.

wallahu'alam...

No comments:

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)