" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Wednesday, July 22, 2009

Isra' dan Mikraj


alhamdulillah seinfiniti kesyukuran aku panjatkan kpd tuhan empunya alam, Allah yang esa atas kesempatan yang diberikan untuk menulis lagi di dalam blog ini..
Insya-Allah aku akan kongsikan kandungan ceramah yang telah diadakan pada hari semalam di masjid murni USMKK. ceramah ini telah disampaikan oleh ustaz zainuddin daripada maahad muhammadi lelaki pasir mas kelantan.sangat limited informasi yang diberikan dalam tempoh sejam.namun aku x jadikan itu sebagai alasan unruk tidak berkongsi di laman ini.jikalau imam as-syaf'ie boleh merantau dari iraq sehingga ke madinah dengan berjalan kaki, mengapa tidak aku menggunakan kesampatan berjumpa dan bertanya lebih dalam tentang peristiwa agung ini kepada ustaz.lantas aku segera mendekati dan dapatlah aku satu ilmu baru pada malam tersebut.

Di bahagikan kepada 2 perjalan.
Perjalanan yang pertama ialah ISRA' yang bermaksud perjalanan nabi s.a.w yang di bawa oleh Jibril a.s dari masjidilharam ke masjidilaqsa.peristiwa ini amat jelas diceritakan atau dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran melalui firmannya didalam surah al-isra' ayat 1 yang bermaksud "maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya yakni Muhammad pada malam hari dari masjidilharam ke masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagai tanda tanda kebesaran Kami.sesungguhnya Dia maha Maha mendengar Maha melihat."
disini amat jelas peristiwa yang berlaku keatas junjungan besar kita pada malam tersebut.namun apa yang aku masih memikirkan adalah dimanakah letaknya ayat yang menerangkan mengenai perjalanan yang ke 2??dan aku rungkaikan persoalan ini dengan pertanyaan kepada yang lebih arif..
Perjalanan yang ke 2 ialah MIKRAJ. ketika ini, nabi s.a.w di bawa oleh Jibril a.s menaiki bura' ke sidratulmuntaha untuk bertemu dengan Allah s.w.t. peristiwa ini tidak diterangkan oleh Allah secara jelas seperti perjalanan isra', namun Allah menerangkan secara kiasan.dengan kepakaran para ulama, mereka berjaya menafsirkan ayat kiasan tersebut..ayat yang dimaksudkan adalah seperti yang tercatit didalam surah an-najm.surah ini mengandungi 62 ayat.saya ingin memetik 18 ayat daripada surah ini..


1. demi bintang ketika terbenam.
2. kawamu(muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
3. dan tidaklah yang diucapkannya itu(Al-Quran) menurut keinginannya.
4. tidak lain Al-Quran iti adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
5. yang diajarkan kepanya oleh Jibril yang sangat kuat.
6. yang mempunyai keteguhan, maka jibril itu menampakkan diri dengan rupa yang asli
(rupa yang bagus dan perkasa).
7. sedang dia berada di ufuk yang tinggi.
8. kemudian dia dekat kepada Muhammad, lalu bertambah dekat.
9. sehingga jaraknya sekitar 2 busur panah atau lebih dekat lagi.
10. lalu disampaikan kepadanya wahyu kepada hamba-Nya(Muhammad) apa yang diwahyukan
Allah.
11. hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
12. maka apakah kamu kaum musyrikin mekah hendak membantah apa yang dilihatnya?.
13. dan sunggh dia(muhammad) telah melihatnya(dalam rupa yang asli) pada waktu yang
lain.

14. yaitu di sidratulmuntaha.
15. di dekatnya ada syurga tempat tinggal.
16. (muhammad melihat jibril)ketika sidratulmuntaha diliputioleh sesuatu yang
meliputinya.
17. penglihatannya (muhammad) tidak menyimpang dari apa yang dilihatnya itu dan tidak
pula melampauinya.
18. sungguh dia telah melihat tanda tanda kebesaran tuhannya yang paling besar..
>-<
apa yang dapat dijelaskan disini ialah "bintang ketika terbenam" ditafsirkan sebagai tatkala waktu selepas tengah malam dan sebelum subuh.dan pada ketika itu, nabi melihat jibril dalamkeadaan yang sebenarnya.daripada ayat "dia(muhammad) telah melihatnya(dalam rupa yang asli) pada waktu yang lain.". nabi telah melihat jibril dalam rupa yang sebenar sebanyak 2 kali. yang pertama adalah ketika turunnya wahyu yang pertama d gua hira'.dan yang kedua adalah yang di khabarkan oleh Allah dalam ayat ke 14 tadi iaitu d sidratulmuntaha. inilah kiasan yang digunakan oleh Allah s.w.t untuk mengkhabarkan tentang peristiwa agung ini.

jadi inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan untuk penghayatan bersama.sememangnya semenjak dari kecil kita dikhabarkan tentang peristiwa ini. namun yang penting buat masa ini adalah, kita mengetahui dari mana asal usul sesuatu perkara itu.banyak lagi yang diceritakan oleh ustaz, tetapi batasan yang ada di alam siber ini membuatkan ianya tidak dapat dikongsikan bersama.
yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu, datangnya daripada kelemahan diri ini dan sesungguhnya, Allah jualah yang menciptakan segala galanya...
-wallahu'alam-

Tuesday, July 21, 2009

Isra' Mikraj


alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kpd tuhan empunya alam, Allah yang esa..
Insya-Allah 21 julai ini di USMKK slps solat maghrib akn diadakan ceramah sempena perisriwa agung ini.moga saya d beri kesempatan n kekuatan untuk berkongsi isi kandungan ceramah nnti di dalam blog ini...

Friday, July 17, 2009

Khutbah Jumaat


Alhamdulillah,,tnda kesyukuran yng perlu diucap haaari hari..
hari ini kali ke 2 ak menunaikn solat jumaat d msjid kubang kerian.agk besar msjidnya n mmg penuh sngt2 wktu jumaat.khatibnya agak lain la dr msjid d kampung halaman ku.dgn penuh smngt n kurang berpandukan pd teks.mmg menarik perhatian para jemaah untuk terus mendengar.jadi hari ini,ingin ak kongsikan serba sedikit intisari khutbah yng telah disampaikn pd hari ini..
dengan tajuk sedekah,ini antara kupasan nya..

"...dimulakan dengan sebuah hadis di dalam riwayat muslim yng bermaksud : 'setelah tecabutnya nyawa anak adam dari tubuhnya,maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara. pertama sedekah jariah, ke 2 ilmu yang bermanfaat, ke 3 doa anak2 yang soleh'..sedekah adalah amalan dengan menginfakkan harta. infak bukanlah berbentuk bermusim.kebanyakn antara kita pada hari ini bersedekah apabila adanya suara2 promoter untuk bersedekah.walhal, sedekah sewajarnya mnjadi amalan dan rutin bg setiap muslim.bagi kaum adam,sedekah pada hari jumaat di tabung2 msjid seharusnya mnjadi amalan yang berterusan.beruntung bagi mereka yang sentiasa bersedekah.labih beruntung bagi mereka yang berniat sejak dari rumah lagi untuk bersedekah pada hari jumaat penghulu segala hari.maka malanglah bagi mereka yang tidak bersedekah pada hari tersebut.

Di dalam hadis yang lain yang bermaksud 'jauhilah diri kamu dari jilatan api neraka dengan sedekah walaupun dengan sebiji kurma'. sedekah merupakan perisai daripada kemarakan api neraka.bagi orang2 yang bersedekah, mereka akan mendapat 2 kebaikan.yang pertama, mereka akan disayangi di dunia ini dan yang ke 2, di akhirat nnti mereka akan bersama dengan para nabi. oleh itu, jadikanlah amalan sedekah ini sebagai rutin dan bukannya sebagai amalan bermusim!!..."

Itulah serba sedikit intisari khutbah yang sempat aku coretkan dalam henset ketika di masjid tengah hari tadi =).oleh itu, dengan menyeru diriku ini dan saudara saudari yang membaca, marilah kita pertingkatkn amalan sedekah ini.moga2 kita menjadi orang2 yang ikhlas dalam bersedekah dan mendapat nikmat seperti yang telah dijanjikan.tetapi, apa yang penting di sini bukanlah kerjasama, sebaliknya IKHLAS dalam bersedekah ibarat tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.wallahu'alam...

Biasiswa



alhamdulillah,sejambak kesyukuran lagi di ucapkn.aku msh diberi nikmat iman n nikmat islam.nikmat yng paling besar antara nikmat2 sekalian.hari ni, aku telah disahkn mendapat biasiswa jpa.memang gembira.tp terfikir jugak kontrak selama 10 tahun dengan kerajaan nie.tapi bukanlah itu yng ak risaukan.yng perlu di fikirkan sekarang adalah, bagaimana caranya untuk aku manfaatkn duit(amanah) rakyat itu.tujuan hidup bukanlah sekadar berjaya d dunia,tetapi berjaya menjadi mukmin yng bertaqwa.
Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran,surah al-mu;minun:
"sungguh beruntung orang2 yang beriman...dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanah2 dan dan janji mereka...."
jadi perlu lah berusaha untuk menggunakan duit biasiswa ini d jalan yang "lurus". sblm gunakan duit tu kejalan yang salah,fikirkan nasib insan lain yang ingin sambung belaja tetapi tidak mendapat bentuan kewangan..wallahu'alam..

Thursday, July 16, 2009

Cabran Baru


Alhamdulillah,,syukur ke hadrat Allah kerana ak masih d beri peluang untuk menjelajah di alam maya fantasi ini..sememangnya "campus life" ini mmg mencabar n menguji keimanan.sape terleka psti kn parah imannya.hmm, tanggal 14 julai yang lalu, alhamdulillah ak telah d tawarkan satu jawatan,,yang sememangnya mencabar..jawatan sebagai "junior hicom" untuk pesta konvokesyen USM.6 orang telah d pilih,2 lelaki n 4 perempuan.3 muslim n 3 non-muslim.kami akan ke USM penang pada 11 august kot.x psti lagi ^_^.cabaran baru bg aku untuk menguruskan projek yng mencecah puluhan ribu ringgit pada tahun hadapan. 1 cabaran juga untuk aku mula meluaskan interaksi aku dgn kaum hawa,,especially to non-muslim.moga2, Allah memberi aku kekuatan menghadapi cabaran ini.moga petunjuk dari yang esa sentiasa berdampingan dgn ku, insya-Allah..maka bermulalah kehidupan yang sedikit bz ;-)

Monday, July 13, 2009

"BUDDY"


Alhamdulillah,,segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat empunya alam,,Allah yang esa. pada tarikh 13 julai 2009 ini, satu program yang dirancang oleh senior medik tahun 2 telah bermula dengan jayanya..program yang dinamakan BUDDY ini adalah hasil daripada perancangan dibawah organisasi 'rakan masjid'.tujuan program ini adalh untuk merapatkn lagi ukhwah antara pelajar 1st year dngn pelajar 2nd year.tujuan lainnya adalah untuk memastikan akademik pelajar2 1st year ini terjaga dan diharapkan kesemuanya dapat lulus 1st year ini.bagi kami di pihak junior,,amatlah menghargai program ini yang tidak ubah seperti abang dan kakak angkat.mereka ini tidak ubah seperti lecturer extra bagi kami.jadi selepas ini,adalah tempat untuk kami jadikan rujukan.semoga segala usaha murni ini mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t dan berjaya mencapai sasaran iaitu 100% pelajar muslim 1st year ini lulus dan dapat meneruskan perjuangan di alam 2nd year pada tahun hadapan, insya-Allah.

Sunday, July 12, 2009

Kini Ku Bermujahadah


Alhamdulillah,,,ucapan penuh kesyukuran kpd empunya alam,Allah yang esa.
kini ak masih d beri kudrat untuk terus menuntut ilmu.
alam kampus sememangnya mencabar, terutama bila ak memilih doktor sebagai kerjaya.
USM kini satu satunya u APEX.apa yang special??entahla..:-)
u untuk menjana kecemerlangan.itulah APEX.tp sememangnya pelajar2 yang terpilih untuk masuk ke USM ni memang hebat2 belaka.kecil sangat diri ini apabila berada dalam kalangan orang2 yang...."intelektual".,perkataan paling sesuai digunakan kot ^_^.
mudah mudahan la,kesemua pelajar2 cemerlang yang dipilih oleh USM ni dapt selesaikan 1st degree ni dalam masa yang paaaaaling minimum especially yang seangkatan dngn ku, (dak2 medic n dental).mudah mudahan kite seme 1 batch akan dpt degree kite dalam 5 tahun, Insya-Allah...amin...

Saturday, July 11, 2009

Mudahnya pahala..^_^

barangsiapa yang hafal dan mengamalkan
tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh
Allah dan malaikat dan akan diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak buih di
lautan..

1.
bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.
alhamdulliah:pada tiap-tiap habis
melakukan sesuatu.

3.
astagfirrullah:jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4.
insyaallah:jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5.
lahaulawalaquataillahbillah:bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6.
innalillah wa innilillahirojiun:jika menghadapi musibah
atau melihat kematian.

7.
laailaahaillallah:bacalah sepanjang
siang dan malam sebanyak-
banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

Ramai terseleweng daripada matlamat asal yang murni kerana nafsu

Part 3

Beratnya amanah ditanggung mereka yang mahu berjuang di jalan Allah, jika jalan politik yang menjadi medan perjuangan itu apakah mereka bersedia untuk disoal siasat di mahkamah Allah SWTnanti?

Jika setiap mata yang berjaga kerana mahu memperjuangkan Islam itu menangisi diri sendiri atas setiap kesilapan dilakukan, alangkah bahagianya umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas.

Apabila hati sentiasa dibersihkan dengan ayat Allah dan teguran dari sunnah Rasul-Nya kemudian mereka patuh dan tunduk kepada keduanya seraya berwaspada di atas kesilapan tindakan yang diambil, Insya-Allah segala perbalahan dalam tubuh umat dapat diselesaikan dengan jalan damai.

Mereka bersatu kerana menyahut seruan Allah SWT, melupakan bara kesumat yang membakar jiwa, mencari titik persamaan dalam sekian banyak perbezaan yang diyakini sebagai tanda rahmat-Nya.

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu bersatu (berjemaah) dan hindarilah perpecahan. Sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang bersendirian. Dan dia jauh daripada dua orang yang bersama. Barang siapa yang inginkan keselesaan syurga hendaklah dia berpegang kepada kesatuan (jamaah)." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

Kesatuan umat adalah perjuangan Rasulullah SAW dan sesiapa yang menyahut seruan itu sesungguhnya berada di atas jalan sunnah, walaupun berbeza aliran politik, sesama Muslim wajib menjaga hati daripada penyakit hasad dan permusuhan.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sudah berjangkit kepada kamu penyakit umat sebelum kamu, iaitu penyakit hasad dan permusuhan, sedangkan permusuhan itu adalah pencukur. Ketahuilah! Bahawa aku bukan kata ia mencukur rambut tetapi perpecahan itu mencukur agama." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

Faktor yang boleh menyatukan umat dan seterusnya membawa kekuatan mereka hingga mencapai kemenangan hendaklah dijadikan agenda utama politik, di samping sentiasa berwaspada dengan pelbagai tipu daya musuh.

Kegagalan umat mendaulatkan Islam juga berpunca daripada tidak diletakkannya ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah, Rasul dan orang mukmin. Bahkan mereka lebih percaya kepada orang kafir dan fasik yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan peribadi daripada setia kepada orang mukmin.

Sedangkan al-Quran jelas menyatakan teguran Allah ke atas mereka yang akur kepada orang kafir, menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Khabarkanlah kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan pedih. (Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138-139)

Tanda setia terhadap orang kafir ialah melalui lima perbuatan iaitu; mengikuti hawa nafsu mereka, mengikuti suruhan dan isyarat mereka, cenderung dan bersatu hati bersama mereka, berlembut dan berkasih sayang dengan mereka.

Tetapi apabila suasana politik yang bergolak memaksa mereka untuk setia kepada orang kafir maka mereka hendaklah mengikut syarat ditentukan syarak seperti menurut Imam Ahmad dan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah bahawa keadaan terpaksa melahirkan kufur, sama ada dengan perkataan kufur atau wala' kepada orang kafir tidak boleh dilakukan kecuali apabila sampai kepada peringkat mereka menyeksa hingga boleh membunuh, tetapi jika hanya bimbang kepada pangkat, harta atau keluarga atau tanah air maka tidak diterima keuzurannya bersetia dengan orang kafir. Terpaksa bersetia kepada orang kafir dibolehkan hanya jika mereka memudaratkan jiwa umat Islam.

alhamdulillah..dah habis..

Friday, July 10, 2009

PPSMI dimansuhkn 2012

Alhamdulillah...
syukur sngt bila dengar berita ni semalam.
smga keputusan yang d buat oleh kerajaan ini terus kekal dan dapat mengecilkan taraf pendidikan luar bandar dan d bandar.
kepada umat manusia,,"tuntut lah ilmu sejak kamu dari buaian hingga lah kamu ke liang lahad.."

Ramai terseleweng daripada matlamat asal yang murni kerana nafsu

(part 2)

"Sesungguhnya kamu sudah mendapat isi sedangkan mereka hanya mendapat kulit. Demi Allah, seandainya aku akan melalui satu jalan, aku akan lalui jalan yang kamu lalui. Mudah-mudahan Allah mengampuni dan merahmati kamu orang Ansar berserta anak cucu kamu sekalian. Lalu orang Ansar bertangisan kerana sedar nilaian harta dunia yang amat sedikit berbanding diri Rasulullah SAW, sambil mereka berkata: "Kami rela Allah sebagai Tuhan kami dan Muhammad nabi kami." � (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Perpecahan yang timbul dalam jiwa umat Islam sejak dulu hingga kini berpunca daripada perebutan kedudukan, harta dunia dan penyakit hati. Kejahatan itu muncul daripada barisan orang yang lemah imannya dan amat cintakan harta dunia.

Tidak kira siapa mereka dan apakah kedudukannya, pengikut atau pemimpin, mereka semua sama-sama terdedah kepada fitnah yang boleh menjejaskan keikhlasan perjuangan yang mesti dituluskan semata-mata untuk mencari keredaan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Begitu pula halnya kepada orang ikhlas menceburkan diri ke medan politik yang amat mencabar. Mereka sentiasa diuji dengan perebutan dan persengketaan, penyakit dunia dan kesumat hati yang tercemar.
Adakalanya ujian itu terlalu hebat hingga mengikis sedikit demi sedikit tembok keimanan, ramai yang gugur dan terseleweng daripada matlamat asal yang murni kerana keadaan zaman berubah dan tuntutan nafsu sentiasa membara.

Hakikat itu menunjukkan keperluan untuk sentiasa mengingatkan diri dan pengikut kembali ke jalan al-Quran dan al-Sunnah ketika terjadinya fitnah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara; dan kamu sudah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Apabila timbul benih perpecahan disebabkan matlamat dan pendekatan berbeza dalam berpolitik, maka ruang untuk menyatukan pandangan demi kemaslahatan umat yang lebih luas daripada kepentingan segelintir elit politik yang dibela hendaklah dibuka seluas-luasnya.

Atau, tegakkanlah keinsafan dalam hati mengenai kesucian matlamat akhirat di atas kepentingan duniawi. Apakah membela kepentingan Allah SWT dan Rasul serta umat Islam seluruhnya lebih utama atau keuntungan bagi diri sendiri dan pengikut yang diutama?

Sesungguhnya punca terjerumus hamba Allah SWT ke lubuk neraka di akhirat nanti adalah kerana masalah keikhlasan dalam setiap perjuangan mereka di dunia. Rasul-Nya SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Allah bertanya: Kerana apa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab: Aku berperang kerana Engkau hingga aku mati syahid. Allah berfirman: Kamu dusta! Kamu berperang kerana ingin disebut sebagai pahlawan, maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengheret dan memasukkan orang itu ke dalam neraka. Selepas itu orang yang mempelajari agama dan mengajarkan al-Quran dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Allah bertanya: Kerana apa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab: Aku belajar dan mengajar ilmu serta membaca al-Quran kerana Engkau. Allah berfirman: Kamu dusta, kamu belajar dan mengajar kerana mahu disebut sebagai ulama dan membaca al-Quran kerana mahu disebut sebagai qari, maka Allah memerintahkan malaikat mengheret orang itu ke neraka. Yang terakhir orang yang kaya dihadapkan kepada Allah dan Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Kemudian Alah bertanya: Kerana apa engkau berbuat begitu?

Dia menjawab: Aku tidak meninggalkan satu jalan pun melainkan aku berbelanja di jalan-Mu. Allah berfirman: Kamu berdusta! Kamu berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan, maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengheret orang ini ke dalam neraka." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Bersambung...
" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)