" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Wednesday, July 22, 2009

Isra' dan Mikraj


alhamdulillah seinfiniti kesyukuran aku panjatkan kpd tuhan empunya alam, Allah yang esa atas kesempatan yang diberikan untuk menulis lagi di dalam blog ini..
Insya-Allah aku akan kongsikan kandungan ceramah yang telah diadakan pada hari semalam di masjid murni USMKK. ceramah ini telah disampaikan oleh ustaz zainuddin daripada maahad muhammadi lelaki pasir mas kelantan.sangat limited informasi yang diberikan dalam tempoh sejam.namun aku x jadikan itu sebagai alasan unruk tidak berkongsi di laman ini.jikalau imam as-syaf'ie boleh merantau dari iraq sehingga ke madinah dengan berjalan kaki, mengapa tidak aku menggunakan kesampatan berjumpa dan bertanya lebih dalam tentang peristiwa agung ini kepada ustaz.lantas aku segera mendekati dan dapatlah aku satu ilmu baru pada malam tersebut.

Di bahagikan kepada 2 perjalan.
Perjalanan yang pertama ialah ISRA' yang bermaksud perjalanan nabi s.a.w yang di bawa oleh Jibril a.s dari masjidilharam ke masjidilaqsa.peristiwa ini amat jelas diceritakan atau dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran melalui firmannya didalam surah al-isra' ayat 1 yang bermaksud "maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya yakni Muhammad pada malam hari dari masjidilharam ke masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagai tanda tanda kebesaran Kami.sesungguhnya Dia maha Maha mendengar Maha melihat."
disini amat jelas peristiwa yang berlaku keatas junjungan besar kita pada malam tersebut.namun apa yang aku masih memikirkan adalah dimanakah letaknya ayat yang menerangkan mengenai perjalanan yang ke 2??dan aku rungkaikan persoalan ini dengan pertanyaan kepada yang lebih arif..
Perjalanan yang ke 2 ialah MIKRAJ. ketika ini, nabi s.a.w di bawa oleh Jibril a.s menaiki bura' ke sidratulmuntaha untuk bertemu dengan Allah s.w.t. peristiwa ini tidak diterangkan oleh Allah secara jelas seperti perjalanan isra', namun Allah menerangkan secara kiasan.dengan kepakaran para ulama, mereka berjaya menafsirkan ayat kiasan tersebut..ayat yang dimaksudkan adalah seperti yang tercatit didalam surah an-najm.surah ini mengandungi 62 ayat.saya ingin memetik 18 ayat daripada surah ini..


1. demi bintang ketika terbenam.
2. kawamu(muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
3. dan tidaklah yang diucapkannya itu(Al-Quran) menurut keinginannya.
4. tidak lain Al-Quran iti adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
5. yang diajarkan kepanya oleh Jibril yang sangat kuat.
6. yang mempunyai keteguhan, maka jibril itu menampakkan diri dengan rupa yang asli
(rupa yang bagus dan perkasa).
7. sedang dia berada di ufuk yang tinggi.
8. kemudian dia dekat kepada Muhammad, lalu bertambah dekat.
9. sehingga jaraknya sekitar 2 busur panah atau lebih dekat lagi.
10. lalu disampaikan kepadanya wahyu kepada hamba-Nya(Muhammad) apa yang diwahyukan
Allah.
11. hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
12. maka apakah kamu kaum musyrikin mekah hendak membantah apa yang dilihatnya?.
13. dan sunggh dia(muhammad) telah melihatnya(dalam rupa yang asli) pada waktu yang
lain.

14. yaitu di sidratulmuntaha.
15. di dekatnya ada syurga tempat tinggal.
16. (muhammad melihat jibril)ketika sidratulmuntaha diliputioleh sesuatu yang
meliputinya.
17. penglihatannya (muhammad) tidak menyimpang dari apa yang dilihatnya itu dan tidak
pula melampauinya.
18. sungguh dia telah melihat tanda tanda kebesaran tuhannya yang paling besar..
>-<
apa yang dapat dijelaskan disini ialah "bintang ketika terbenam" ditafsirkan sebagai tatkala waktu selepas tengah malam dan sebelum subuh.dan pada ketika itu, nabi melihat jibril dalamkeadaan yang sebenarnya.daripada ayat "dia(muhammad) telah melihatnya(dalam rupa yang asli) pada waktu yang lain.". nabi telah melihat jibril dalam rupa yang sebenar sebanyak 2 kali. yang pertama adalah ketika turunnya wahyu yang pertama d gua hira'.dan yang kedua adalah yang di khabarkan oleh Allah dalam ayat ke 14 tadi iaitu d sidratulmuntaha. inilah kiasan yang digunakan oleh Allah s.w.t untuk mengkhabarkan tentang peristiwa agung ini.

jadi inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan untuk penghayatan bersama.sememangnya semenjak dari kecil kita dikhabarkan tentang peristiwa ini. namun yang penting buat masa ini adalah, kita mengetahui dari mana asal usul sesuatu perkara itu.banyak lagi yang diceritakan oleh ustaz, tetapi batasan yang ada di alam siber ini membuatkan ianya tidak dapat dikongsikan bersama.
yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu, datangnya daripada kelemahan diri ini dan sesungguhnya, Allah jualah yang menciptakan segala galanya...
-wallahu'alam-

No comments:

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)