" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Friday, July 17, 2009

Khutbah Jumaat


Alhamdulillah,,tnda kesyukuran yng perlu diucap haaari hari..
hari ini kali ke 2 ak menunaikn solat jumaat d msjid kubang kerian.agk besar msjidnya n mmg penuh sngt2 wktu jumaat.khatibnya agak lain la dr msjid d kampung halaman ku.dgn penuh smngt n kurang berpandukan pd teks.mmg menarik perhatian para jemaah untuk terus mendengar.jadi hari ini,ingin ak kongsikan serba sedikit intisari khutbah yng telah disampaikn pd hari ini..
dengan tajuk sedekah,ini antara kupasan nya..

"...dimulakan dengan sebuah hadis di dalam riwayat muslim yng bermaksud : 'setelah tecabutnya nyawa anak adam dari tubuhnya,maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara. pertama sedekah jariah, ke 2 ilmu yang bermanfaat, ke 3 doa anak2 yang soleh'..sedekah adalah amalan dengan menginfakkan harta. infak bukanlah berbentuk bermusim.kebanyakn antara kita pada hari ini bersedekah apabila adanya suara2 promoter untuk bersedekah.walhal, sedekah sewajarnya mnjadi amalan dan rutin bg setiap muslim.bagi kaum adam,sedekah pada hari jumaat di tabung2 msjid seharusnya mnjadi amalan yang berterusan.beruntung bagi mereka yang sentiasa bersedekah.labih beruntung bagi mereka yang berniat sejak dari rumah lagi untuk bersedekah pada hari jumaat penghulu segala hari.maka malanglah bagi mereka yang tidak bersedekah pada hari tersebut.

Di dalam hadis yang lain yang bermaksud 'jauhilah diri kamu dari jilatan api neraka dengan sedekah walaupun dengan sebiji kurma'. sedekah merupakan perisai daripada kemarakan api neraka.bagi orang2 yang bersedekah, mereka akan mendapat 2 kebaikan.yang pertama, mereka akan disayangi di dunia ini dan yang ke 2, di akhirat nnti mereka akan bersama dengan para nabi. oleh itu, jadikanlah amalan sedekah ini sebagai rutin dan bukannya sebagai amalan bermusim!!..."

Itulah serba sedikit intisari khutbah yang sempat aku coretkan dalam henset ketika di masjid tengah hari tadi =).oleh itu, dengan menyeru diriku ini dan saudara saudari yang membaca, marilah kita pertingkatkn amalan sedekah ini.moga2 kita menjadi orang2 yang ikhlas dalam bersedekah dan mendapat nikmat seperti yang telah dijanjikan.tetapi, apa yang penting di sini bukanlah kerjasama, sebaliknya IKHLAS dalam bersedekah ibarat tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.wallahu'alam...

No comments:

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)