
6 julai 2010.
kami bertolak dari usm ke Abim outreach di kok lanas pada jam 3.00 petang. sampai disana dalam kul 3.30,bawak turun barang, kemas2,solat asar then ada taklimat dari pihak abim mengenai aktiviti di sana kerana kami malaksanakan misi ini dengan kerjasama abim. pada malamnya, kami mula berkumpul selepas solat isyak untuk pembahagian kenderaan. huh, naik land cruiser n pajero. penuh dengan barang2,huhu...kami bertolak ke Gua musang awal2 kerana nak masuk offroad(jalan balak) seawal yang mungkin.perjalanan ke gua musang lebih kurang dalam 3 jam jugak dan kami bermalam di masjid gua musang.
7 julai 2010.
seawal 9 pagi kami mula bertolak ke persimpanagn pos simpor dan bermulalah perjalanan mencabar kami di jalan balak nie,huhu..kalo jalan balak aje x pe, tapi kami perlu merentasi 9 bukit.sungguh mencabar.perjalanan mengambil masa dalam 4 jam.huh,,duduk dalam 4 wheel drive atas jalan balak, x senang duduk la jugak. kami menantikan apakah ujian yang akan datang dan apakah pertolongan yang akan diberikan dalam perjalanan ini..segalanya berjalan lancar sehingga ke bukit yang ke berapa tah. sebuah land cruiser(LC) dengan muatan barang2 x lepas nk naik bukit securam 45 degree tu.kebetulan ada sebuah lagi mengekori di belakang. tiba2, LC yang awal tadi mengundur ke belakang dan hampir melanggar yang sebuah lagi. nasib baik pemandu kenderaan ni seme nye terlatih belaka.dengan cepat diorang menggangtung kenderaan mereka di lurah bukit yang ada.selepas 2 cubaan semula, LC yang mula2 tadi berjaya juga naik. yang menjadi masalah skarang cuma LC yang di belakang tu, da x blh kua dari lurah tersebut. penat menolak, akhirnya, ada sebuah lori tiba di situ.akhirnya berjaya juga kami melepasi rintangan ni.Alhamdulillah semua selamat sampai di kampung tersebut walaupun ada yang kelihatan cemas ketika kejadian.
di waktu petangnya, pembahagian anak angkat berjalan.ada diantara kami yang mendapat family yang islam seme, ade juga yang dapat yang bukan islam.apa yang penting bagi kami ialah msg dakwah dan keinginan kami untuk mengenali budaya masyarakat orang asli di sana. di sebelah malamnya, tidak ada aktiviti sangat, cuma solat secara jemaah dengan orang kampung dan sedikit tazkirah.8 julai 2010.
seawal pagi sesudah subuh kami yang muslimin memanaskan kuali menggoreng bihun.huh, 2 trade tu. 1 trade = 12 paket bihun...kenapa masak banyak2 nie??huurrrmmmm.....haa,, kami menjemput family angkat masing2 untuk datang dan makan
9 julai 2010
hari yang ditunggu2 tlh tiba...knp pulak?huhu...hari ini kami menjalankan agenda utama kami iaitu pemeriksaan kesihatan secara percuma(mobile clinic) kepada penduduk kampung. kami bahagikan mobile clinic ni kpd 2 komponen.
1. crowd pulling.
kami mengajar budak2 dan orang2 dewasa disana cara memberus gigi dengan betul. kemudian, kami membuat rawatan rambut istimewa,hehe...seronok budak2 tu.kami menyapu losyen untuk menghilangkan kutu2 yang ada diatas kepala diorang tu =d ada jugak sorang pakcik tu tanya, ada x ubat nak hitamkan rambut die yang dah beruban tu,huhu...=)
2. clinic
terdapat beberapa pemeriksaan yang kami jalankan.antaranya BP, blood glucose, BMI, eye examination dan macam2 lagi.seronok orang2 kampung ni amik ubat.yang paling mendapat permintaan,, paracetamol(pcm),hehe...kami buka sampai tengah hari.
kemudian diteruskan dengan kenduri besar besaran.25kg daging di masak.huh,best tu...sebelah petangnya, kami jalankan sukaneka.menyumpit belon tergantung yang bergerak, rebut gula2, menghias ibu, dan menganyam. enjoy.....=) pada sebelah malam yang terakhir ni, kami menjemput mereka datang menyaksikan tayangan yang diadakan selepas solat isyak. tayangan berkisar tentang aktiviti yang dijalankan. mereka duduk gelak ketawa dengan video hasil rakaman lakonan mereka sendiri,hehe...huh,,terpancar kepuasan di raut wajah kami apabila melihat mereka benar2 menerima dan mengalukan kedatangan kami.
10 julai 2010.
seawal pagi kami sudah mula berkemas dan bersiap sedia untuk berangkat pulang. kami menziarahi keluarga angkat masing2 untuk kali terakhir. kira2 jam 10.00 pagi, kami mula melambai2 tangan kepada mereka. walaupun terasa agak keneratan untuk meninggalkan mereka dengan kenangan2 terindah sepanjang 4 hari kami disan, namun harus kami telan jua kerana kami masih mempunya tanggungjawab untuk meneruskan pelajaran dan mengejar cita2. namun kami tidak lupakan untuk menggalakkan anak2 orang asli disana terus menuntut ilmu. kami menghantar lebih kurang dalam 20 orang kanak2 ke sekolah di kampung yang jauhnya 2 jam setengah dari kampung mereka...walaupun kerisauan melanda kerean cuaca hujan pada malam tadi, namun Alhamdulillah kami berjaya sampai dengan selamat tanpa sebarang ujian. 8 malam kami tiba di USM kembali dan semangat untuk terus balajar untuk mencapai cita2 dan membantu orang2 susah seperti mereka menaik tinggi...=)
InsyaAllah segala apa yang kami korbankan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah s.w.t...moga2 selepas ni ramai lagi rakan2ku akan menyertai program sebegini bagi membina jati diri dan memupuk ikhlas dalam memberi perkhidmatan kepada orang lain...
sekadar ini yang dapat aku kongsikan bersama...=)
wallahu'alam...
7 comments:
bestnya, teringin nak buat xtvt mcm tu..mencabar! salah 1 inisiatif msg untk berdakwah
insyaAllah...nnti kalo ada lagi join laaa...=)
progrm tu sume medik k involve? k ad dr ppsk?
ppsk pun ade jgk...
bestnyer...
hehe,,ape yng bestnye cik ha?? huhu...
best buat aktiviti gitu...
dapat bersosial, n dpt pngalaman baru...
t nak ikut gak....hurmm..kalu di ajak la
Post a Comment