" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Friday, January 27, 2012

D.U.I.T.R.M.



Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi member peluang untuk aku berhadapan dengan bahtera kehidupanku yang tak seberapa ini…=) masih lagi belum pasti samada apa yang ak tuliskan ini akan member manfaat kepada diriku atau orang lain…tapi, apa yang pasti, aku mengharapkan redha Allah s.w.t dan moga2 ada pembalasan yang baik yang diberikan kepadaku dan juga kepada mereka yang membaca, insyaAllah…=)

Cuti seminggu, tapi study x sampai seminggu pun,huhu…tapi apa yang bagusnya, sedang bersembang dengan seorang sahabat, bercakap berbual mengenai perkara2 yang dah lepas, pengalaman dan sebangainya, terkeluarlah satu frasa D.U.I.T.R.M.. mungkin ramai telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan frasa ini. Tetapi bagiku, perbualan kami mengenai ini menimbulkan beberapa kesedaran kepadaku dalam banyak perkara x kira dari sudut study, mahupun kehidupan yang sementara ini. Menimbulkan kepada kepada kesedaran betapa perlunya aku untuk melupakan segala kesedihan dan fokus untuk masa sekarang dan masa hadapan.

D – Doa

Segala sesuatu yang kita lakukan, jangan pernah untuk kita tidak berdoa kepada Allah hatta kita nak masuk ke tandas pun diajar oleh junjungan besar nabi s.a.w untuk berdoa…ya Allah,,betapa hambaMu ini tersangatlah lalai daripada berdoa kepadaMu. Sungguh aku hambaMu yang penuh hina yang sering melupakanMu ya Allah sedangkan Engkau tidak pernah sekali pun lupa kepada hamba2Mu walaupun sekelip mata. Betapa sayangnya Engkau kepada hamba2Mu sehingga Engkau berfirman dan memperingtkan kami supaya berdoa kepadaMu…

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu

(surah al-ghafir : 60)

Oleh itu, marilah sama2 memperingtkan diri sendiri supaya sentiasa berdoa dan sentiasa memulakan sesuatu dengan berdoa. Mudah mudahan Allah memperkenankan setiap doa kita semua, insyaAllah….

U – Usaha

Kita seringkali mendengar kata2 “tiada kejayaan yang dating tanpa usaha”. Maka benarlah kata2 itu. Setiap sesuatu yang kita impikan x mungkin kita akan dapat tanpa usaha seperti perumpamaan, kamu tidak akan berjalan melainkan kamu menggerakkan kaki kamu. Maka, menggerakan kaki itu adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh setiap manusia yang normal. Tanpa usaha menggerakkan kaki itu, maka tak mungkin kamu akan Berjaya,, iaitu Berjaya untuk berjalan. Perkara ini juga telah Allah nyatakan dalam firmanNya:

{قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ {14

Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

(surah al-a’la : 14)

Meskipun ayat ini menerangkan mengenai kejayaan yang sebenar, yakni kejayaan untuk sampai ke syurga, namun kita sama2 boleh jadikan ayat ini sebagai satu inspirasi iaitu inspirasi untuk mencari kejayaan di dunia untuk. Sesungguhnya, kejayaan dunia juga kita tidak boleh lupakan..betul x ;-) “dunia jambatanke akhirat”. Nak bercakap mengnai hadis, x berapa alim dan pakar. Tetapi disini boleh laa nk berkongsi sebuah hadis yang agak mahsyur dan aku percaya, ramai yang biasa dengar hadis yang lebih kurang bermaksud : “carilah akhirat seumpama kamu akan mati di esok hari dan carilah dunia seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”. Jadi, akhirat kita kejar, kejayaan dunia juga perlu dikejar…=)

Akan bersambung =)

Wallahu’alam…moga bermanfaat.


4 comments:

Anonymous said...

"Segala sesuatu yang kita lakukan, jangan pernah untuk kita berdoa kepada Allah ..."
macam pelik ayat di atas..maksud anda jangan tidak pernah kita berdoa kan?

zainal's site said...

yea2...maaf typing error tu...syukran yea...=) sudah dibetulkan..

Anonymous said...

afwan..

Sahabat said...

Salam,
DUIT saya dah tau, cuma nak tau apa makna R.M tu?
Harap dapat sambung cepat2 la, jgn simpan lama sangat idea tu :)

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)