" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "


zainal hisham
(md.usm)

Wednesday, June 27, 2012

Persediaan Ramadhan Karim

Alhamdulillah, syukur pada sang pencipta kerana masih dipanjangkan umur kita dari sehari kesehari. seinfiniti kesyukuran sama sama kita panjatkan atas nikmat yang dikurniakan terutama nikmat yang terbesar nikmat iman dan juga nikmat islam. tanpa 2 nikmat ini mungkin aku tidak akan menulis perkara sebegini pada hari ini. sedar atau tidak, sudah 6 sha'ban. InsyaAllah 24/23 hari lagi kita akan menyambut kedatangan suatu bulan yang sememangnya kita kenali dengan bulan yang penuh kemuliaan yang mana jika dibicarakan nescaya tidak pernah akan bernoktah. maka sebelum datangnya bulan ini, sama sama kita tanya kepada diri kita, sudah bersediakah kita? jadi disini ingin aku kongsikan beberapa tips daripada ceramah yang baru aje aku hadiri hari ini. ceramah yang disampaikan ustaz zainuddin di masjid USMKK.

Antara persediaan pertama yang perlu kita lakukan adalah mempersiapkan diri kita dengan doa sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w didalam hadis Baginda yang di riwayatkan oleh imam ahmad dan riwayat at-tabrani..doa yang sangat mahsyur dan mungkin dah familiar bagi sesetengah orang.





mungkin ad yang berkata dah lambat dah nk baca doa nie sbb sepatutnya dari bulan rejab lagi dah..yea, memang betul. tetapi didalam islam, tidak ada erti terlambat sepertimana taubat, tidak ad erti terlambat sehingga nyawa sampai ke halkum. maka marilah sama sama kita terus mengamalkan doa ini, moga Allah memanjangkan nyawa kita dan bertemu dengan bulan mulia ramdhan. banyak kisah kisah yang kita dengar, dan mungkin ada dalam kalangan orang yang dekat dengan kita, belum sampai lagi bulan ramadhan sudah dipanggil menghadap Allah. maka, letaklah pengharapan kita kepada Allah

Perkara kedua yang perlu kita titikberatkan adalah meningkatkan amalan berpuasa sunat. pasa sahabat sememangnya kita ketahui bahawa mereka sangat sangat memperbanyakkan amalan puasa sunat di bulan rejab dan sha'ban sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w sendiri. ad riwayat mengatakan bahawa tiada bulan lain nabi paling banyak berpuasa melainkan bulan sha'ban sehinggakan ada yang mengatakan bahawa nabi berpuasa 30hari di bulan sha'ban. hal ini ditafsir oleh para ulama kerana sha'ban merupakan pintu kepada satu bulan yang sangat hebat dan mulia.

Yang ketiganya kita perlu memberi perhatian kepada al quran. sama2 kita fikirkan, dalam masa setahun ini, sudah berapa kali kita khatam al quran? sesungguhnya bulan ramadhan itu adalah bulan al quran. bulan diturunkan al quran sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :




bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

maka sewajarnya kita membaca al quran dan meletakkan target untuk khatam sekurang kurangnya sekali dalam bulan ramadhan ini. tetapi bukan setakat bulan ramadhan sahaja kita membaca al quran yea. moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus membaca al quran.
apa pentingnya baca al quran nie? semestinya mengharapkan pahala dari Allah. tapi selain tu apa lagi? pentingnya adalah sebagimana di dalam sebuah hadis ad menyebut "puasa dan al quran akan memberi syafaat bagi hamba di hari akhirat kelak."

Kesimpulannya, perbanyakkan doa kita. suatu hari ketika perang pertama umat islam, iaitu perang badar yang berlaku ketika bulan ramadhan, nabi s.a.w mendah tangan, berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, pengharapan tawadhu' sehinggakan ad riwayat mengatakan bahawa nabi berdoa sehingga ternampak bawah lengan nabi yang putih lagi suci itu. Ya Allah, jika nabi berdoa sehingga begitu sekali, mengapa kita tidak? fikir fikirkan. buatlah persiapan sebaik baiknya. belum terlambat untuk bersedia sebagaimana kita bersedia menghadapi exam. sebulan sebelum exam should be sangat sangat memadai kan? jadi sama juga untuk persiapan ramadhan. dan akhirnya, letaklah target kita dapat khatam al quran di bulan ramadhan nanti sekurang kurangnya sekali.

Maka, sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Mungkin perkongsian ini tidak seberapa, tatapi aku doakan moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. akhirnya, sama sama lah kita merenung firman Allah

Demi Masa! {1} Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - {2} Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.{3}

Wallahu'alam.

2 comments:

miro rasheeq said...

tq 4 da reminder

zainal's site said...

bereh boh...sama2 menasihati..

" Semakin Dekat Bahtera Kita KepadaNya,
Semakin Kencang Taufan Yang Melanda "
- j_nal07@yahoo.com -
- z.hisham90@gmail.com -



zainal
(md.usm)